Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pusat Rawatan Islam "Cekik Darah" Diserbu

JASIN – Sebuah pusat perubatan Islam yang menggunakan air mi­neral dan ayat-ayat suci al-Quran untuk merawat pesakit di sini didakwa sengaja ingin mengaut keuntungan dengan mengenakan caj rawatan yang tidak masuk akal iaitu mencecah puluhan ribu ringgit baru-baru ini.

Dakwaan tersebut muncul sejak Selasa lalu apabila sekeping resit bayaran berjumlah RM32,800 yang dikeluarkan pusat rawatan yang dimiliki sepasang suami itu tersebar di internet.


Resit tersebut dipercayai dimuat naik ke laman Facebook oleh seorang lelaki yang mendakwa ibunya terpaksa menggadaikan seutas gelang tangan emas semata-mata untuk membayar kos rawatan masalah urat saraf kaki.

Antara rawatan yang di­nyatakan dalam resit tersebut termasuk masalah urat saraf (RM10,000), masalah rahim wanita senget (RM4,300), buah pinggang bengkak (RM10,000), kencing manis (RM5,000), santau patung berjasad (RM2,600) dan mandian sunah tutup aurat (RM900).-kosmo



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pusat Rawatan Islam "Cekik Darah" Diserbu . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top