Rupa-rupanya lelaki itu telah menipu ramai lagi mangsa sebelum ini! Memang nilai RM80 itu macam tak banyak dilihat oleh sesetengah pihak, tapi kalau sehari dia tipu 10 mangsa, tak ke RM800 buta-buta je si penipu tu dapat?Tindakan harus diambil bukanlah semata-mata nak tuntut balik duit yang dah ditipu itu, tapi lebih kepada ingin memberi amaran kepada orang ramai supaya tiada lagi yang tertipu. Al maklumlah orang Malaysia kan penuh dengan rasa simpati.
“Kami di pihak polis tak boleh buat apa-apa tindakan, cik viralkan lah di FB” Wanita terkilan tiada tindakan boleh diambil kepada scammer dalam talian
Wowwwww, so here i am, memberi reminder dan cuba dapatkan keadilan.
Korang ingat tak lagi Isnin haritu saya ada post pasal sedih gila seorang ayah yang mengaku customer dan nangis sampai korang yang baca cerita tu pun nangis sama?
Sorry to say, orang tu penipu besar. Membazir air mata la jugak. Hebat betul-betul lakonannya sampai saya rasa kalau dia berlakon drama boleh menang lah anugerah Skrin ke ape ke.
Nama Scammer: Mohd Khairol Bin Abd Rohaman
No HP: 013-9220012
Dialek percakapan: Terengganu/Kelantan
Modus operandi: Call random org online business (google info), menangis kata wife bersalin dan tak cukup duit. Nak pinjam range yang sikit2 macam RM60, RM80 etc.
Nota: Kesemua paparan yg lebih jelas tentang laporan polis, screenshots. log calls, rakaman audio scammer ni ada di sini: goo.gl/vGhlDR
Kronologi kes
26 September
Khairol ni call saya mengaku pernah jadi customer, jumpa business card saya dalam bonet kereta, bawak teksi area Sepang tapi menziarahi sedara di Yong Peng dan tetiba wife terberanak. Nak bawak balik tk cukup duit. Duit ade RM30, nk pinjam RM80.
Siap menangis de. Ok la, saya tak fikir mende ni scam time tu sebab nilai dia RM80. Saya fikir dia ni betul-betul desperate lah sebab plot pun mmg logik abes. Customers saya beratus kot, mana la plak time tu nk check. So saya bank in RM150 sebab fikir kesian plak kang nk makan ape (Chee, org nk buat baik la kononnya kan).
Kalau korang baca, rasanya jadi macam yang komen-komen tu la, semua menangis belaka. Ye lah, plot/jalan cerita, watak, skrip semua mantap gila kot.
So, pembongkaran ni start bila Zulaikha Ali komen kt status saya.Saya time ni masih in denial jugak. Orang lain kot, kata saya. Tapi saya ada PM Zulaika. Sejibik kata Zulaika ni cuma time tu dia cakap Zulaika pernah beli buku dengan dia.
Waktu ni dah beberapa kawan PM saya, minta akaun Khairol ni sebab kesian sangat2. Jiran-jiran pun nk bagi sumbangan. Saya kata hold dulu, nanti saya follow up. Kalau betul memang saya ada plan nak ziarah keluarga dia dan beri sumbangan.
Saya cuba call dia tapi tak berjawap, saya SMS jam 6.41petang bertanyakan alamat sebab nk ziarah. Pun tak berbalas. Saya mula tk sedap hati. Dalam satu group whatsapp ni saya dh cerita la sebab kitaorang semua jual Shaklee. So sorang kawan decide nak call Khairol kononnya nak perkhidmatan teksi.
Dia cakap dia duk KL plak. Tak duduk Sepang. Ah sudah. Saya lagi la geram time tu walaupun berharap sangat-sangat yang dia ni masih lah orang yang betul-betul susah.
27 September
Harapan tu musnah bila esoknya, sorang lagi member Azreena Alwikomen di status saya. Kali ni memang sah-sah la.
28 September
So saya check semula dengan both Zulaika dan Azreena.Malangnya Azreena dah terdelete nombor so tak dapat check, tapi Zulaikha still simpan log call. Tattaraaaaaa, sama weh!
Rahsia dah terbongkar la ni. Saya siap SMS Khairol semula. Kemudian bila saya call lagi jam 10.48, dia angkat. Katanya otw dari Terengganu ke KL. Dah ada di RNR Bentong (wujud ke tak tatau la) Kononnya wife dia tkde orang jaga so kene hantar Terengganu. Saya minta alamat dia di Kota Warisan. Katanya nanti dia SMS.Waktu ni silap saya, saya tk minta terus. Patutnya minta terus dia cakap. Dan saya rekod perbualan tu tapi sebab pakai PC, audio dia jadi terabur. Tak jelas apa dia cakap.
Petang tu, sorang lagi kawan saya tolong call kata nk pakai teksi di KLIA, dia cakap dia tak buat sebab dia Teksi Bandar. Paling menarik, semua stranger yang call, dia akan angkat. Maybe sebab dia betul-betul bawak teksi la kot.
So jom dengar suara dia so nanti kalau korang dapat call dari dia, korang dapat lah cam:
SUARA SCAMMER NAMA KHAIROL di sini: goo.gl/vGhlDR
Kemuncak nya malam tu, di whatsapp group, sorang kawan bagi satu gambar yg ada orang post di page Ustaz Azhar Idrus .Rupanya dah lama dah dia buat kerja ni. Memang menyirap betul.
Kalau ikut post orang ni , since May. Tatau la berapa awal dia dh start. Cuba bayangkan kalau sehari dia call 10 orang, dah RM800. Sebulan call 20 hari je pun dh RM16000 kot.. Hebat, hebat.. Saya SMS dia, minta semula wang saya tapi memang tkde response. Dia pandai la tak pakai whatsapp, kalau tk kita boleh la tengok dia dah baca ke tak.
29 September
Sebenarnya dia masukkan ke tak masukkan ke duit tu, memang saya nak report polis pun. Sebabnya saya determine nak stop kan orang ni. Saya rasa penipuan dia sangat melampau dan ramai sangat scammers di luar sana yang hidup senang lenang atas kesusahan orang lain.
Saya ke Balai Polis Cyberjaya untuk buat laporan sebab antara yang paling dekat. 3 orang pegawai polis ini berbudi bahasa, layan saya dengan baik, boleh la gelak-gelak sikit dan sempat mengingatkan saya:
“Cik jangan buat lagi macam ni ye cik”
Saya dimaklumkan, jika nak freeze kan akaun, bergantung pada siasatan di bahagian komersial. Oleh kerana saya bank in melalui online di rumah, Cyberjaya tak boleh buat. Kene hantar ikut kawasan iaitu Dengkil. So Balai Polis Dengkil minta saya datang jam 5.30 petang untuk berjumpa dengan Sarjan ***** (Rasa nak letak nama dia tapi takpe lah).
Lepas amik anak dari sekolah, dengan 3 hero ni saya angkut ke Balai Polis Dengkil. Sepanjang perjalanan jenuh la explain pasal kenapa kene ke Balai Polis.
“Emak, kenapa uncle tu jahat sangat? Kenapa dia menipu” “Sebab dia tak SOLAT. Orang tak solat, syaitan suka. Syaitan jahat jadi dia kawan la sampai jadi orang jahat”
Bukan saya punya skrip tu. Allah kata direct kat dalam Quran. Sungguh, bila orang tk solat dia tak rasa bersalah lah buat kerja gini. Kalau dia solat, dia takde buat mende ni. Sebab solat tu dapat mencegah perbuatan keji dan mungkar (Surah al-Ankabut: ayat 45)
Sampai di balai polis dan bertemu Sarjan, dia minta laporan saya. Saya bagi dan dia baca. Saya tak expect lah dia nak interrogate saya macam saya pulak penjenayah.
“Cik ni datang pasal apa? Kenapa ni? Apa halnya?” – dengan suara tegas dan muka annoying.
Saya kata la saya nak buat laporan sebab kes kene tipu
“Cik cakap dekat saya, cik rasa tindakan cik di betul ke tak? Tak payah nak er er er, cakap je terus”
Hammmboihhh..at this point saya memang bengang. Ni ke cara Sarjan bercakap?
“BETUL. Sebabnya saya buat based on humanity. Kesian kot. Dia mintak RM80 je, dengan menangis, dengan cakap dia customer, bini dah terberanak. Ingat saya hati batu ke?”
“Saya tengok laporan Cik. Tkde ugutan, takde paksaan. Cik memang bagi dengan rela hati. Kami di pihak polis tak boleh buat apa-apa tindakan. Jadi cik buat laporan ni apa tujuannya?”
“TU, dalam laporan tu kan tulis dah. Saya buat laporan supaya orang lain tk kena tipu. So, dia menipu tu tak pe la? Doesn’t matter la dia tipu berapa ramai orang pun sebab semua bagi dengan ‘RELA’. Saya nk confirmation, so Sarjan cakap memang polis tak boleh buat apa-apa?”
“Di pihak polis tiada tindakan boleh dibuat. Cik buat laporan ni, cik viralkan lah kat FB ye”
Fuhh…patutlah orang cakap kadang-kadang kita nak ikut saluran betul, tapi jadi sia-sia. Takde faedah de. Unless kalau u ols kutuk pemimpin, pakai fb fake pun diorang gila gigih akan trace sampai lubang cacing. Kalau penipu macam ni, dh bagi nama penuh, ic dengan hp pun diorang mmg tk boleh buat apa-apa. Best gila law kan? kan?
Sarjan ni masih nak salahkan saya sebab saya sukarela bagi duit tu. Saya rasa keyboard warriors yang tk baca seluruh cerita ni juga akan buat yg sama…(shame on u!)
“Sarjan, bajet-bajet la sikit kot. Dia mintak RM80. Bukan 8000 ke 800 ke. Kalau kt FB lama dah saya block. Ni call menangis, kata wife terberanak. Saya orang perempuan. Tau la. Apa la erti RM80 tu kalau keadaan dia sesak macam ni…boleh imagine tak? Saya takde kene pukau. Memang waras gila time tu. Sebab waras tu la rasa kesian”
Betul, saya sebenarnya lebih merunsingkan hal akhlak dan kejahatan scammer ni berbanding duit RM150 yang saya bagi. Suami saya dan beberapa kawan suruh saya let go sahaja, lupakan. Saya kata tak, sebab saya tak mahu ada ramai orang lagi kene tipu. I will do whatever i could to stop him.
Belasan tahun saya terlibat aktiviti sukarela baik NGO atau NGI, orang-orang susah yang begini sangat banyak. Ramai. Terlepas pandang atau memang tak tahu nk minta bantuan kat siapa. Kes begini wujud. Saya khuatirkan, mereka ini akan jadi mangsa bila scammer berleluasa. Ya, boleh salurkan mereka ke pusat zakat, biro bantuan, JKM etc tapi prosedur kadang boleh membunuh semangat juga. Atau sewaktu kes kecemasan, mereka perlu bantuan segera.
Nampak tak apa yang saya cuba sampaikan?
Saya tinggalkan Balai Polis Dengkil dalam keadaan kecewa. Tapi as expected bak kata orang. Saya akan buat apa saya boleh buat.
The dark side of me wish that Khairol ni kene panah petir ke, accident masuk longkang pastu meninggal ke. Sebab penat bila buat aduan rasmi, undang-undang kita tak cover. Now i understand why some people dapat tangkap pencuri, kasik belasah dulu.
Tapi rational side of me said, cool down. Be calm. Episod ni dah berlalu. My intention is solely as an act of reminder to all people out there and to get justice.
DON’T STOP BEING KIND AND NICE. JUST BE EXTRA CAREFUL
Yeah, i won’t stop doing whatever things i do now because of someone. But this is definitely a great lesson for me.
Jika anda pernah terkena yang serupa, boleh tak maklumkan pada saya detailsnya? Saya nk kumpulkan seberapa banyak bukti dalam usaha nak cuba juga bekukan akaun dia.
30 September
I’m writing this with new hopes and new energy!
and please ya, no maki-maki or mencarut here. I don’t need it
Love,
Salwa
credit : http://thetrendingnow.blogspot.com
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA Penipuan Di Internet, Kami Di Pihak Polis Tidak Boleh Buat Apa-Apa Tindakan Cik Viralkanlah Di Facebook . TOLONG SHARE...!