SEORANG remaja perempuan berusia 14 tahun dipercayai hilang selepas keluar membeli nasi ayam di Greenwood, Gombak, Selangor pada Selasa lalu.
Mangsa yang dikenali sebagai Nur Ainan Farhana Abdul Kader itu dikatakan keluar dari rumahnya di Kampung Changkat, Gombak bersama seorang rakan perempuan menaiki motosikal kira-kira jam 1.30 petang.
Kakak mangsa, Elfaizawati, 35, berkata, adiknya tidak ke sekolah pada hari kejadian kerana cuti disebabkan peperiksaan PT3 yang sedang berjalan.
Menurutnya, kira-kira 2.30 petang, adiknya yang keluar dengan memakai baju putih, tudung berwarna biru dan seluar sukan hanya membawa telefon bimbit dan sedikit wang tunai.
“Adik telefon ibu dan bertanya sama ada mahu nasi ayam atau tidak. Itu adalah panggilan terakhir daripada Aina,” katanya ketika dihubungi Mynewshub.
Menurutnya, keluarga menyedari kehilangan Aina selepas dimaklumkan rakan perempuan Aina yang bersama keluar membeli nasi ayam.
Katanya, ketika kejadian, rakan adiknya itu pulang ke rumah untuk mengambil barang dan meninggalkan anak bongsu daripada empat adik beradik itu di kedai nasi ayam.
“Kami cuba menghubungi Aina melalui telefon bimbitnya tetapi dijawab oleh seorang lelaki yang mendakwa bapa kepada Aina.
“Lelaki itu memberikan lokasi kononnya tempat Aina berada tetapi apabila kami pergi, adik kami tiada di situ,” katanya yang mencari di kawasan Bank Negara dan Jalan Kuching, Kuala Lumpur.
Elfaizawati berkata, lelaki berkenaan terus menghantar mesej melalui aplikasi WhatsApp daripada telefon bimbit Aina dan mendakwa dia adalah bapa kandung kepada mangsa.
Antara mesejnya adalah, “Anak kau dengan aku… aku taknak bagi anak aku balik kat kau… aku bapa dia.. kau ingat aku ke tak..aku akan pastikan yang anak aku ada dengan aku… kalau kau report polis… jangan ingat keluarga kau selamat… aku masih ingat kau… kau mungkin dah tak ingat kat aku… epa ada mesej dia kata balik nanti bincang… sampai bila pun aku taknak bagi anak aku balik… Nama aku sekarang Joey… ingat sampai mati,” kata lelaki yang mendakwa Aina ada bersamanya.
Pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia itu dikatakan berjaya melarikan diri dan dipercayai tidak berada dalam ‘tahanan’ lelaki yang dikenali sebagai Joey.
Elfaizawati berkata, lelaki berkenaan yang pernah menjadi kenalan rapat keluarganya dikenali sebagai Wan terus menghantar mesej hari ini dan mahukan keluarganya bersabar kerana dia akan memulangkan Aina dalam keadaan selamat dalam masa terdekat.
“Awal pagi tadi, dia ada bagi mesej dan memberitahu akan hantar Aina balik ke rumah tetapi tidak diberitahu bila perkara itu akan berlaku,” katanya.
Bimbang dengan keselamatan adiknya, Elfaizawati membuat laporan di Balai Polis Batu 6, Gombak untuk siasatan.
Sehingga kini, tiada perkembangan berhubung kejadian itu dan orang ramai yang melihat Aina diminta tampil bagi membantu siasatan. – MYNEWSHUB.CC

Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Pelajar Tingkatan 2 Di larikan Ketika Membeli Nasi Ayam Di Gombak. TOLONG SHARE...!