Pada masa yang sama, pihak MBSA telah mengangkut tong gas dan payung untuk disita. Pemilik gerai itu menyatakan dia sudah 9 tahun memohon lessen tapi masih belum diluluskan.
Seorang netizen telah meluahkan perasaannya berkenaan isu ini di akaun Facebook miliknya yang bernama Redza Ali Madan.
Inilah coretannya di akaun Facebook:
Lokasi seksyen 7 shah alam. Kedai donut sedap kata biniku.
.Baru kena rush dgn MBSA. Tong gas & payung kene angkut.
.Sembang dgn brader tu… dah 9 tahun mintak lesen. Tak pernah lulus..
.Kesimpulan yg aku buat…kalo nak dapat lesen, nama kedai kena ada nama Anak Dara. Kisah berniaga mesti viral.
.Yang ada link dgn MB, mintak tolong dia turun padang bagi borang lesen. Kalau boleh, lulus serta merta. Kalau anak dara bleh dapat lesen, takkan bapak anak 2-3 orang tak boleh dapat?
.Precedence has been set. Kalau semua dapat lesen, baru lah adil kan?
Sepatutnya, MB Selangor harus ambil perhatian tentang keluhan rakyat berkenaan isu ini. Tak akan nak tunggu sampai jadi viral baru MB nak turun padang atau nak tunggu pemilik gerai letak nama ‘Donut Gebu Anak Dara Bapak’ baru MB nak bantu dan turun padang?
Dimanakah ketelusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam menjalankan tanggungjawab mereka? Seorang peniaga yang telah memohon lesen penjaja sejak 9 tahun lalu, sehingga kini lesen tersebut masih belum diluluskan. Namun, pemilik Nasi Lemak Anak Dara sudah memilik lesen tersebut dalam masa singkat.
Diharap, semua pihak mengambil serius tentang isu ini dan menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin. Jangan disebabkan ingin mengejar populariti, kita mengabaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan.
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Letak Nama Gerai ‘Donut Gebu Anak Dara Bapak’ Baru MB Selangor Datang. TOLONG SHARE...!