Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

ibu saya seorang Zalim, tergamak dia paksa saya melakukan perkara Seperti Ini




ibu saya seorang Zalim, tergamak dia paksa saya melakukan perkara Seperti Ini 

Salam. 


Mohon Admin hide profile saya. Saya sudah berkahwin 6tahun dan mempuyai 3 orang anak dan sekarang sedang menunggu hari bersalin anak ke 4. Perkahwinan saya dan suami tidak direstui emak saya dari awal lagi. Semasa berkahwin, emak saya xbagi saya berkahwin di masjid kawasan rumah saya dan kami berkahwin di pejabat agama dengan kehadiran bapa saya tanpa ahli keluarga saya yang lain. 

Untuk makluman, fil & mil saya sudah bercerai dan fil saya juga seperti emak saya, tidak suka kami berkahwin. Hanya mil saya sahaja yang restui hubungan kami dan ajsk kami tinggal bersama. Anak 1st saya berpantang dengan mil saya dan mil saya jaga saya dari saya mengandung hingga saya bersalin. Sehingga dalam pantang anak no 2 emak saya pujuk saya balik ke rumah keluarga saya. Saya tinggal di rumah keluarga saya hingga anak ke tiga tanpa suami. 

Sebab emak xnak suami tinggal sekali. Bertahun saya hidup pjj dengan suami. Saya bekerja & suami juga bekerja dan boleh dikatakan kami terlebih mampu untuk hidup sendiri. Saya tidak pernah menyusahkan hidup keluarga saya. Saya tinggal di sini bukan free.. saya beri emak saya duit, bayar bil, rumah & beli barang dapur setiap bulan. Saya masih ade adik lelaki yang sudah bekerja tetapi saya rasa seolah2 saya tanggung adik saya. 

Kenderaan saya diguna sesuka hati sehingga jadi harta dia. Kalau anak saya menangis, dia marah2 anak saya. Saya betul2 tawar hati tinggal di sini. Suami ajak tinggal dengan dia sebab dia menyewa rumah sendiri. Saya suara kan pada emak saya tetapi emak saya tidak bagi saya tinggal bersama suami. Baru2 ni adik dan suami saya bertumbuk, adik juga pernah banyak kali hendak bertumbuk dengan saya sebab saya mintak duit kongsi beli barang dpur.. Emak tahu dan terus suruh saya lost contct dengan suami saya.

 Macam2 emak saya cakap yang suami saya jahat, dan mahu kami bercerai. Malah saya disuruh ikat peranakan selepas bersalin nanti dan banyak kali suruh saya ke pejabat agama untuk failkan penceraian. Sampai sekarang saya jumpa suami senyap2. Kemana saya pergi emak akan tanya. Saya dan suami tiada masalah malah dia beri saya semua gaji kerja tetapnya dan dia hidup dengan duit kerja partime. Saya teringin sangat hidup seperti org lain.. 6tahun saya berkahwin tak merasa semua tu. Emak saya cakap xkan terima suami saya sampai bila2 pun. 

Saya buntu sampai fikir nak larikan diri jauh2 dari keluarga. Saya mintak pendapat warga KRT, Apa yang nak saya buat, ikut suami atau emak ? Kalau saya keluar dari rumah dianggap anak derhaka, suami saya pulak bertahun menunggu saya dan anak2 tinggal bersama nya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA ibu saya seorang Zalim, tergamak dia paksa saya melakukan perkara Seperti Ini . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top