Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Cas Kesesakan Masuk KL , DBKL Nafi Sebarang Bayaran Cas Seperti Diviralkan



KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menafikan pihaknya bakal melaksanakan sistem caj kesesakan di pusat bandar selepas projek transit aliran berkapasiti tinggi (MRT) Line 1 beroperasi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Mohd. Amin Nordin Abdul Aziz berkata, keputusan mengenai pelaksanaan caj tersebut tiada dalam perbincangan dasar DBKL.

“Tiada apa-apa dasar, keputusan atau cadangan daripada mana-mana pihak sama ada Kementerian Wilayah Persekutuan, Kementerian Pengangkutan atau DBKL buat masa ini.

“Mungkin pegawai itu bincang dalam seminar mereka,” katanya ketika dihubungi Kosmo! Online melalui aplikasi Whatsapp sebentar tadi. - K! ONLINE

http://www.kosmo.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Cas Kesesakan Masuk KL , DBKL Nafi Sebarang Bayaran Cas Seperti Diviralkan. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top