Kota Bharu: Seorang bayi perempuan berusia dua bulan maut dipercayai dikelar oleh ibunya di kuaters Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini, petang tadi.
Dalam kejadian jam 2.45 petang itu, bayi berkenaan dipercayai dikelar di leher oleh ibunya berusia 32 tahun dengan menggunakan pisau pemotong sayur.
Suspek ditahan polis di lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.
Ketua Polis Kelantan Datuk Sr Ab Rahman Ismail berkata, mangsa ditemui berlumuran darah di atas tilam di ruang tamu rumah berkenaan.
Katanya, kejadian disedari oleh jiran mangsa yang kemudian menghubungi polis untuk tindakan lanjut.
"Sebaik tiba di lokasi kejadian, suspek masih berada di ruang tamu rumah berkenaan manakala mangsa ditemui dalam keadaan berlumuran darah.
"Difahamkan ketika kejadian dua anak suspek berlari keluar dari rumah selepas melihat kejadian itu manakala suaminya keluar ke kedai.
"Kita percaya mangsa mungkin mengalami gangguan emosi dan siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti punca kejadian," katanya.
Menurutnya, mayat dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk bedah siasat.
http://www.hmetro.com.my/node/203272
Labels:
kejam
TERIMA KASIH SUDI BACA PADAH IBU MEROYAN-KELAR ANAK 2 BULAN DENGAN PISAU PEMOTONG SAYUR. TOLONG SHARE...!