Video bogel: Keluarga wanita rayu orang ramai padam rakaman
Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel serta kejadian dirakam, merayu orang ramai yang memiliki video itu supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu. - Gambar fail
KOTA BHARU: Keluarga wanita berusia 26 tahun yang dipukul dalam keadaan bogel serta kejadian dirakam, merayu orang ramai yang memiliki video itu supaya memadamkannya bagi menjaga kehormatan wanita itu.
Ibu wanita terbabit yang dikenali sebagai Kak Ni, 49, berkata akibat penyebaran video itu keluarganya kini menanggung aib manakala anaknya pula trauma dan terpaksa berkurung di rumah.
Beliau juga melahirkan kebimbangan terhadap keselamatan keluarganya berikutan ugutan yang diterima daripada individu yang tidak dikenali.
"Tiga hari lalu saya menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang mengugut akan melakukan sesuatu yang tidak baik kepada keluarga saya.
"Disebabkan itulah saya memohon kepada polis supaya membuat rondaan di kawasan tempat tinggal saya dan berharap pihak itu ditangkap dengan secepat mungkin," katanya selepas perjumpaan dengan Ketua Polis Negeri Datuk Dr Ab Rahman Ismail di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini, pada Selasa.
Kak Ni berkata keluarganya juga akan menyaman pihak yang menyebarkan video berkenaan.
Dua video, masing-masing berdurasi 2 minit 8 saat dan 1 minit 15 saat memaparkan seorang wanita dibogel dan dipukul oleh seorang wanita lain dalam kejadian dipercayai Rabu lepas, di sebuah hotel di pekan Sungai Golok, Thailand.
Sementara itu, Ab Rahman berkata satu pasukan daripada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard yang berpengalaman dalam bidang agama dan psikologi akan dihantar bagi mengurangkan trauma yang dialami mangsa. -Bernama
http://www.astroawani.com
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA TOLONG-padam video yang rakam gambar bogel anak saya...hal ni boleh menjadi trauma pada anak dara saya-ibu mangsa. TOLONG SHARE...!