Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Sering Di Maki Bodoh, Perempuan Sial Isteri Ini Kongsi Pengalaman Cara Atasi Suami Baran

Assalamualaikum. Cuma nak berkongsi sesuatu. Saya ada baca posting ttg "lelaki baran" sebelum ni dan macam mana kita sebagai isteri nak hidup bersama lelaki mcm tu. Ingin saya bgtau di sini yang suami saya adalah juga seorang yang baran, namun dia tak ada sampai memukul lagi (setakat ni).

Sejujurnya saya setuju 100% dengan apa yg penulis sampaikan, malah saya juga ada buat 'research' tersendiri sebelum berkahwin dengan suami, dan saya juga ada membuat seperti yang dicadangkan. Tapi, bak kata orang putih, "it's easier said than done".

Bukan senang. Bukan semudah yang disangka utk hidup bersama lelaki baran ini tambah2 bila barannya makin menjadi-jadi. Bukan senang nak berdiam diri bila diri di maki seperti bodoh, perempuan sial dan sebagainya. Tambahan pula apabila tengah mengandungkan zuriatnya, tapi diri di herdik dan di maki, atas sebab yang sangat kecil, bukan senang nak bersabar. Bila kita diam dan menangis, pun salah baginya.

Makin menjadi2 makiannya. Begitu lah semalam kami gaduh besar, sampai entah kali ke berapa, suami ku menghalau ku keluar dari rumah. Selalu sy mengambil keputusan utk tidak keluar sbb sy sedar, rumah tu kami kongsi bayar & brg2 rumah pun banyak sy beli. Jadi buat apa nak keluar? Sy juga ada hak ke atas tempat tinggal tersebut. Tapi, disebabkan maruah dah berkali2 di halau, sy ambil keputusan utk keluar.

Lepas maghrib sy dah pack semua brg2. Sebenarnya sy hanya nak menumpang di rumah kawan di apartment sebelah sementara nak reda kan keadaan, bukan nak pgi mana pun. Hati saya masih sakit, tapi suami dah mula "tenang".. Dia tanya mana sy nak pergi? Sy hanya diam je, malas nak cakap lebih. Dia tarik beg luggage tp sy trus keluar. Dia kejar sampai ke lift. Dia sempat cakap "Awak ingat sy ni kejam sgt ke?" Sy trus pgi. Nak tunjuk kata kali ni serius. Bukan main2. Suami call berkali2 dan akhirnya sy jawab. Sy mmg takada tenaga dah nak bertekak. Sakit jiwa rasa.

Tapi sejam lebih jugak la kami bincang di telefon. Sy sedar, bukan dia sorang saja yang salah, tapi saya juga. Dia cakap sejak sy mengandung, sy banyak guriskan hati dia. Paling dia terasa ialah bila sy tak nak pgi rumah mak dia dengan alasan sy penat, dan esok kerja. Ya mmg sy penat pun.. dan sy tak sangka pulak dia nak terasa sampai mcm tu sekali. Lagi katanya, semua yg dia cadangkan sy selalu membantah dan hanya mahu mengikut cara saya.

Dan ada lain2 lagi tp pokoknya, dia mmg byk terasa dengan sy jadi itu menyebabkan dia byk mengeluarkan kata2 kesat bila kami bergaduh. Buat para suami dan isteri, kalau anda bergaduh, tengok balik, "review" balik apa kesalahan anda yg menyebabkan pasangan anda bertindak luar kawalan. Buat suami yg baran, kawal lah lidah anda. Ya anda sakit hati, anda terasa. Tapi tak kan sampai nak memaki hamun isteri? Takkan sampai nak buat isteri rasa tak berguna sampai dihalau keluar rumah dalam keadaan mengandung? Fikir2kan lah. Buat isteri pula, bagilah peluang utk suami anda "lead" rumahtangga anda. Ya adakala nya kita rasa cara kita betul. Tapi, kadang2 mungkin kita tak sedar kita dah keterlaluan sampai mengguris hati seorang suami.

Fikir balik, dia pak turut ke dia suami? Bagi yg Muslim, syurga isteri di bawah tapak kaki suami. Jadi hormat lah dia dan jaga dia dengan sebaiknya. Jangan bagi dia alasan utk menganiaya kita. Jika masih berdua, masih ok lagi, tapi mcm mna bila dah beranak pinak nanti? Sedihnya kalau anak2 tengok ibu bapa gaduh memaki hamun. Hargailah satu sama lain. Sentiasa cuba perbaiki diri sendiri, utk menjadi lbih baik setiap hari buat diri sendiri dan keluarga. Sekian. Assalamualaikum.

KRT



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Sering Di Maki Bodoh, Perempuan Sial Isteri Ini Kongsi Pengalaman Cara Atasi Suami Baran. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top