BAYI LELAKI DITEMUI
05 Okt - SIBU : Seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditemui di tepi jalan berdekatan tong sampah di Jalan Lai Chee Sibu awal pagi tadi.
Bayi tersebut yang masih bernyawa ditemui sekumpulan pelajar sekolah dalam keadaan kesejukan.
Mereka kemudiannya terus memaklumkan kepada penghuni rumah yang berada di depan lokasi penemuan tersebut.
Sejurus selepas dimaklumkan, seorang wanita yang hanya dikenali sebagai Catherine , 27, bergegas keluar ke lokasi penemuan dan terus mendapatkan bayi berkenaan.
Menurut Catherine, beliau terus membawa bayi itu masuk ke dalam rumah dan memandikan bayi itu dengan air suam dan memberi susu.
Beliau kemudian menghubungi pihak polis yang tiba di tempat kejadian pada jam 6.45 pagi.
Bayi tersebut dibawa ke Hospital Sibu oleh pihak ambulans yang menerima panggilan kecemasan pada jam 7 pagi.
Bayi yang seberat 2.34kg itu kini dilaporkan dalam keadaan sihat.
Kes tersebut kini dalam siasatan pihak polis./Ruth

Labels:
sedih
TERIMA KASIH SUDI BACA :Seorang bayi lelaki yg masih bertali pusat ditemui di tepi jln berdekatan tong sampah. TOLONG SHARE...!