Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya Memang Keturunan Raja - Awie

Shah Alam: Seperti tajuk lagunya Tragedi Oktober, penyanyi rock Awie berdepan masalah baru apabila kenyataannya yang mendakwa dirinya berketurunan Raja Siam iaitu Raja Sulaiman dipertikai banyak pihak.

Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48, berkata, dia yakin dengan dakwaannya itu kerana setiap orang ada salasilah dan susur galur.

“Perkara ini tak sepatutnya saya kongsi, tetapi saya terlepas cakap. Cuma ingin dijelaskan di sini, saya memang daripada keturunan itu. Pada masa sama, saya nak anak-anak dan cucu cicit saya nanti tahu susur galur mereka.

“Berkenaan permintaan pihak tertentu yang mahukan saya mengemukakan dokumen salasilah itu, saya takkan mengikut arahan mereka. Lagi pun siapa mereka untuk mempersoalkan perkara ini dan meminta bukti?

“Ini adalah hal peribadi saya, jadi pihak luar tak perlu masuk campur. Pendek kata saya takkan tunduk dengan permintaan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Awie yang juga pelakon filem Sembilu menganggap ada pihak sengaja memperbesar-besarkan isu itu.

“Saya bukan nak menunjuk atau bercakap sembarangan. Perkara ini memang wujud. Saya mengambil masa selama empat tahun untuk mengkaji salasilah saya.

“Biarlah soal keturunan saya ini menjadi pengetahuan saya sekeluarga. Tak perlu nak didedahkan segala dokumen bagi membuktikan kesahihannya,” kata Awie.

Kontroversi itu tercetus apabila vokalis kumpulan Wings ini mendakwa, dia melangsungkan perkahwinan kali ketiga dengan Sharifah Ladyana Syed Shamsuddin, 29, di Masjid Sultan Sulaiman Shah di Songkhla, Thailand bagi menghormati keturunannya yang berasal daripada salasilah Raja Sulaiman.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya Memang Keturunan Raja - Awie. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top