gaji pun hanya rm1200 nak belanja anak bini tapi aku tak pernah nak meminta untuk belikan baju untuk aku walau sehelai , barang make up sebab aku tahu memang mustahil untuk aku dapat semua tu , dalam perkahwinan ni tak ade benda lain yang permpuan seperti aku harapkan cuma diberi kasih sayang , layanan dan hormat same mcm dia hormat mak dia .
Apa yang aku dapat ? Aku tak minta disanjung sampai mengunung tinggi cuma tolong jaga air muka aku depan kelurga dia dan aku . Sepanjang perkahwinan ni juga keputusan aku tak pernah nak ikut semua benda dia nak aturkan , kadang kadang hati aku rase sangat terdesak , sedih , sakit sampai kan tak mampu lagi nak keluar air mata , menangis dalam hati , hanya Allah je tahu perjalanan hidup aku bersama dia .
Macam sekarang ni ayah aku tak sihat , selalu sakit aku minta nak duduk rumah famly sebab nak tengok tengok keadaan ayah tapi dia tak bagi macam- macam dia bagi alasan untuk kepentingan diri dia padahal rumah aku tak jauh dalam 10-15min je perjalanan , pergi rumah ayah macam rumah orang lain tak sampai dua jam dah balik .
Sedih nya hati aku ni tak ada tempat nak meluahkan rasa , sebelum kawin aku la yang jaga ayah ke hulu hilir , kalau ayah aku pergi selama lamanya memang aku tak akan pernah maaf dia sampai bila-bila lagi . Kadang-kadang aku rasa macam tak boleh nak hidup dengan dia lagi asyik-asyik nak gaduh je , ada je benda dia buat and boleh sakitkan hati aku , aku akui memang aku seorang yang sedikit kasar sebab aku suke pada kerja beruniform dan lasak tapi hati aku tak sekeras tu , wahai lelaki kenapa janji hanya dimulut dan tak pernah engkau laksanakan janji mu ? Tolong la hormat isteri mu , jangan kau sakitkan hati dia selagi dia tak menyakiti hati mu .
Pembaca dan pendengar berhati mulia Tolong doa kan aku dapat kerja terbaik dalam masa terdekat dan aku harap segalanya akan berubah bila aku dapat apa yang aku nak , maafkan aku suami sebab aku tak mampu nak menghormati mu lagi , berlembut dengan mu lagi , meluahkan rasa sedih dan gembira pada mu lagi sesungguhnya hati aku tak pernah wujud lagi rasa cinta dan sayang macam dulu , kerana hati aku terlalu sakit dan bertubi-tubi disakiti dan aku kuat kerana seorang anak sampai sekarang kerana anak . Terima Allah kerana memberi kekuatan pada aku , dan maafkan aku suami sebab aku tak mampu nak jadi seorang isteri dan menantu yang baik pada orang tua mu . Tq admin - hati terluka -
sumber:KRT
Labels:
perkahwinan
TERIMA KASIH SUDI BACA Dua Tahun Perkahwinan Menderita Dan Air Mata Jadi Peneman Luahan Seorang Isteri Yang Patut Anda Baca. TOLONG SHARE...!