Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Terima Padah Ketika Upload Gambar Lucah Kanak-Kanak Di Facebook

Kuala Lumpur: Polis menahan lelaki di Jinjang Utara, di sini, hari ini, selepas disyaki memuatnaik gambar lucah kanak-kanak di Internet.

Tangkapan dilakukan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, 9.50 pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, serbuan dilakukan di rumah yang didiami suspek berusia 20 tahun itu selepas siasatan.

"Kami mendapat maklumat daripada polis Taiwan berkaitan eksploitasi kanak-kanak di laman sosial dan berdasarkan IP Adress, didapati ia dimuatnaik di Malaysia.

"Polis merampas telefon bimbit, komputer riba, modem, CPU dan pasport untuk siasatan lanjut," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Terima Padah Ketika Upload Gambar Lucah Kanak-Kanak Di Facebook. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top