Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

ikan linang Mampu Menjadikan Ular Lelaki Jadi Perkasa

Jerantut: Jika dilihat daripada luaran mungkin ramai yang tidak sanggup untuk menjamahnya disebabkan fizikalnya licin dan berlendir tidak ubah seperti ular.

Namun, tanggapan terhadap ikan linang atau nama saintifiknya, Anguilla Mauritiana khususnya bagi kaum lelaki pasti bertukar disebabkan khasiatnya yang dipercayai mampu meningkatkan tenaga batin.

Pemandu pelancong, Ahmad Syukri Nazri, 41, berkata, selain baik untuk tenaga batin lelaki, ikan yang dipercayai hanya muncul setiap 30 tahun sekali itu juga dikatakan mampu menyembuhkan pelbagai penyakit kulit.

“Menurut orang dahulu, khasiat ikan linang ini diperoleh daripada lendir yang ada pada badannya. Lendir ikan inilah yang biasanya dijadikan ubat untuk meningkatkan tenaga batin lelaki dan merawat penyakit kulit.

“Lendirnya jika disapu pada permukaan kulit bermasalah dipercayai mampu menyembuhkan bahagian itu manakala minyak dan sup ikan ini pula dikatakan berkhasiat kerana mampu meningkatkan tenaga batin lelaki,” katanya yang menyaksikan penemuan ikan itu di Ulu Tembeling, di sini, sebulan lalu.metro






https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA ikan linang Mampu Menjadikan Ular Lelaki Jadi Perkasa. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top