Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tak Naik Tambahan GST 2 % ,Tapi Kerajaan Terpaksa Naikkan Tol Bermula Tahun 2017 Untuk Menampung Pendapatan Negara

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bayan Baru berkata beliau menjangkakan kadar tol lebuh raya di negara ini akan dinaikkan secara mendadak pada tahun depan.

Sim Tze Tzin berkata dalam Bajet 2016, kerajaan menyediakan RM593 juta untuk pampasan tol dan susulan itu kadar tol di 8 lebuh raya yang sepatutnya naik pada Januari 2016, belum dinaikkan sehingga sekarang.



Katanya, menteri kerja raya sebelum ini ada menyatakan selama 25 tahun terakhir ini, kerajaan membayar pampasan RM 4.07 bilion kepada 28 lebuh raya di seluruh negara.

“Dalam Bajet 2017, Bekalan 27 Kementerian Kerja Raya Bayaran Pampasan tol sudah ‘hilang’ atau dibatalkan.

“Ini menimbulkan banyak persoalan dan saya minta menteri Datuk Seri Fadilah Yusof menerangkan kepada rakyat secepat mungkin,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tze Tzin berkata beliau menjangkakan kerajaan membayar pampasan kepada konsesi lebuh raya menyebabkan kadar tol akan dinaikkan bagi menampung pendapatan negara.

“Saya tidak pasti jumlah lebuh raya yang akan menuntut kadar tol dinaikkan pada 2017. Pastinya mengikut kenyataan menteri kerajaan sedang berunding dengan beberapa lebuh raya termasuk PLUS,” katanya.

Katanya, beliau bimbang dengan pemansuhan pampasan tol dalam bajet Kementerian Kerja Raya, ia akan menyebabkan penarikan subsidi tol yang diberi kepada rakyat selamat ini.

“Saya juga menyeru menteri memberi penjelasan kepada rakyat berapa lebuh raya yang ingin menaikkan kadar tol pada 2017. Berapa kadar kenaikan setiap lebuh raya dan pampasan yang dituntut daripada kerajaan,” katanya.

Perdana menteri semalam membentangkan Bajet 2017 bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” di Dewan Rakyat dengan menjadikan pendidikan dan inovasi sebagai fokus utama.freemalaysiatoday.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tak Naik Tambahan GST 2 % ,Tapi Kerajaan Terpaksa Naikkan Tol Bermula Tahun 2017 Untuk Menampung Pendapatan Negara. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top