Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tak Pernah Dapat Peruntukan Dana Dari Pihak Atasan Permata, Nak Buat Majlis Terpaksa Dapatkan Sumbangan Orang Ramai Mana RM711 Juta? Soal Pihak Permata Sendiri

Saban tahun setiap kali Bajet dibentangkan, pasti isu mengenai program Permata yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor akan diperkatakan oleh pembangkang. Malah sejak bertahun-tahun lalu, Permata dan Rosmah telah ditohmah oleh pembangkang dan penyokong mereka.


Pada 2015, mereka memfitnah peruntukan untuk Permata adalah RM711 juta namun ternyata tuduhan itu tidak benar. Tetapi seperti biasa, tiada sekelumit ungkapan maaf atau pembetulan dilakukan oleh pembangkang.

Dan kini mereka menuduh peruntukan untuk perbelanjaan Permata pada 2017 telah meningkat kepada RM85 juta sedangkan hakikatnya bajet berkenaan bukan semata-mata untuk belanja mengurus program Permata sahaja.

Sebaliknya, peruntukan RM85 juta itu adalah termasuk untuk Pusat Kecemerlangan “Top STEM talent” di Akademi Sains Negara.

“Selain itu, kos ini juga termasuk kerja ubahsuai untuk menjadikan Institut Pendidikan Guru Raja Melewar di Negeri Sembilan dan Kampus Tuanku Bainum di Pulau Pinang kepada Pusat Permata Pintar dan Berbakat,” demikian jelas pegawai khas Perdana Menteri, Datuk Rizal Mansor.

Beliau turut menyatakan, jika semua kos di atas adalah untuk Permata sepenuhnya, adakah RM85 juta setahun untuk pendidikan 50,000 kanak-kanak warga Malaysia yang merupakan modal insan dan menjadi teras masa depan pembangunan negara dianggap melampau?

Hakikatnya secara secara purata kanak-kanak ini cuma mendapat peruntukan RM1,700 setahun.

“Saya nak tanya, apa yang pembangkang dah sumbangkan ataupun fikirkan mahupun rangkakan untuk pembangunan modal insan? Tepuk dada tanya selera,” soal Rizal.

Sebenarnya isu Permata ini sentiasa menjadi bahan umpatan pembangkang tanpa mereka menyedari bahawa ia sebenarnya program yang menyediakan pendidikan awal berkualiti untuk kanak-kanak malah sejak dimulakan sejak 10 tahun lalu, ia berjaya menarik perhatian  negara luar yang melihat program ini berjaya membina satu platform yang cukup baik bagi memberi pendidikan awal kanak-kanak sehingga mereka memasuki alam persekolahan.

Selain itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dalam jawapan bertulis di Parlimen baru-baru ini mendedahkan sejak tahun 2009, Pusat Permata Pintar Negara telah mengenal pasti seramai 5,330 orang pelajar yang boleh dikategorikan sebagai “genius” atau pintar pada tahap yang berbeza-beza.

“Daripada jumlah tersebut seramai 732 pelajar telah menerima tawaran untuk memasuki Kolej Permata pintar bermula dari tahun 2011 hingga 2016 dan seramai 415 orang pelajar telah berjaya menamatkan pengajian mereka di Kolej Permata pintar.

“Pelajar tersebut juga sedang melanjutkan pengajian di peringkat Sarjana Muda, Sarjana dan Doktor Falsafah dalam dan luar negara.

“Antara universiti luar negara yang telah berjaya ditembusi oleh pelajar-pelajar Permata pintar termasuklah Stanford University, Oxford University, Cambridge University, Cornell University, Johns Hopkins University, Brown University, UCLA, UC Davies, London College University, Imperial College University, Boston University, Royal Holloway University London, University of Michigan dan Penn University,” katanya.

sumber : Blog Pro UMNO http://www.tv14.my/


Namun susulan daripada post tersebut blogger pro UMNo tidak dapat menjawab soalan daripada netizen lain melalui komen page TV14

antara persoalan netizen antaranya: 


Tadika kemas yg budget ciput lebih productif dari segi hasil berbanding budget yg ciput! 85 juta boleh bina. @ baik pilih 850 tadi kemas yg sangat daif di pendalaman malaysia.-Aeyef Abid


Permata adalah projek gagal...Negara ini tidak memerlukan sekolah elit...peruntuk

an pendidikan dan kesihatan byk yg dikurangkan sehingga menjejaskan pelajar dan pesakit di hospital, tpi kenapa peruntukan permata yg hanya mengajar budak tadika ditambah?ada udang di sebalik batu ke dgn peruntukan itu?-Atam Marpi

Richard Mille RM007 diamond.versi "kosong dgn standart tourbillon ialah RM300k.dgn diamond tanpa tourbillion mcm datin seri pakai dalam rm200k saja sebab complication movementnya tidak rumit.Rasanya boutique di KL tak ada version ni sebab dijual kebanyakannya di boutique in-house Richard Mille..paling dekat di Singapoređź–’Mohd Nizar Rashidan

Image may contain: 1 person
ini adalah bukti daripada pihak Permata sendiri yang mengakui tidak pernah mendapat peruntukan RM711 juta daripada pihak atasan dimana duit tersebut ?

Image may contain: 1 person









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Tak Pernah Dapat Peruntukan Dana Dari Pihak Atasan Permata, Nak Buat Majlis Terpaksa Dapatkan Sumbangan Orang Ramai Mana RM711 Juta? Soal Pihak Permata Sendiri. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top