Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

kisah mama sebagai salah seorang insan terpilih dianugerahkan 4 puteri kembar setelah 6 tahun menunggu zuriat

Salam kenal tuk semua ibu2 di Kelab Ibu Mengandung Malaysia. Harini mama nak kongsikan sedikit kisah mama sebagai salah seorang insan terpilih dianugerahkan 4 puteri kembar.
2003...

Di awal perkahwinan kami seperti jugak pasangan2 lain yang baru berumahtangga perasaan teruja tuk mendapatkan anak sukar dikawal.

Hari berganti hari... bulan berganti bulan... tahun berganti tahun... kami nantikan dengan penuh harapan dan debaran. Pelbagai persoalan seringkali bermain di fikiran. Apakah mungkin mama telah di takdirkan untuk tidak berpeluang merasai nikmatnya mengandung mahupun melahirkan zuriat mama sendiri.
6 tahun pun berlalu dengan perasaan hampa... kecewa... sedih... putus asa.. marah dgn diri sendiri pun ada... 

Walaupun pelbagai cara telah kami usahakan (moden/tradisional) tetapi tetap tidak menampakkan hasil.

6 tahun yang berlalu mama rasakan masa berjalan begitu saja... sia2. Mama tekad untuk mengambil anak angkat. Lantas kata sepakat dari keluarga pun dibuat. Alhamdulillah... semua seakan memahami perasaaan mama tika itu.
Masa tetap berjalan.... bumi tetap berputar....

Dalam masa yang sama ada kawan2 yang cadangkan kami suami isteri tuk berjumpa doktor pakar (sakit tuan/puan) Kami pun sepakat masing2 cuba mencari punca masalah... dan sebolehnya cuba tuk selesaikan.
Alhamdulillah... hasil ujian ke atas kami suami isteri semua menunjukkan positif. Syukur ya Allah...
Memandangkan kami sihat walafiat... doktor cuma cadangkan mama tuk ambil pil hormon@ubat subur. Mama dibekalkan ubat untuk tempoh seminggu perlu dihabiskan.

2009... sebulan pun berlalu....
Dengan izin Allah... keputusannya positif. Bagaikan bermimpi di siang hari... tiada kata tuk mama gambarkan perasaan ketika itu.
Rasanya mahu saja mama menjerit biar satu dunia tahu betapa gembiranya mama. Terus mama buang jauh2 hasrat tuk mengambil anak angkat dulu.
Bulan berganti bulan...

Macam biasa mama pun tak terlepas dari melalui alahan2 seperti ibu2 mengandung yang lain. Muntah... muntah... muntah... Masuk bulan ke tiga... mama mengalami alahan yang agak teruk sehingga terpaksa bermalam di wad selama beberapa hari.
Sekali lagi mama dikejutkan apabila doktor mengesahkan bukan hanya satu jantung yang ada dalam perut mama... tetapi 3! Dup dap dup dap jantung mama
Menangis semahu mahunya...

Doktor pun pelik tengok mama... perasaan mama bercampur baur antara suka dan takut. Sejujurnya mama mengaku pada doktor memang mama rasa sangat takut. Ye la kan.. dh la mengandung anak pertama... kembar 3 pulak.
Sebelum ni banyak sangat mama dengar tentang risiko mengandungkan anak kembar. Tapi selepas mendengar penjelasan dari doktor baru lega sikit rasa hati. Namun risau tu tetap ada...

4 mei 2010...

32minggu pecah air ketuban... pembedahan kecemasan terus dilakukan.
Sekali lagi mama dikejutkan... kali ni memang betul2 terkejut. Dengan pandangan mata yang masih kabur dek penangan ubat bius... doktor membisikkan perlahan ke telinga mama... bb u ada 4 ! 

Mama seolah olah tiada perasaan ketika itu... masih tak berupaya menggerakkan bibir... terasa bagaikan diikat dengan batu. Terus mama layan kepala mama yang masih lali rasa macam lalok pun ada... terus zzzzz...

Berpantang tanpa bb...
Semua anak4 di tempatkan di icu dan selama itu jugak la hampir setiap hari mama berulang alik ke hospital untuk melihat perkembangan dorang.
Alhamdulillah... akhirnya habis jugak pantang mama selama 44 hari tanpa sorang pun anak di sisi tika itu. Yang setia menemani mama hanyalah air mata.... namun mama redha.


Kenangan terindah...
Melihatkan perkembangan positif dari anak4... akhirnya dorang dibenarkan tuk pulang ke rumah. Sebulan lebih jugak la anak4 jadi penghuni setia wad bersalin PP. Mama pun tak terlepas duduk berkampung di sana.
Sesuatu yang sangat berharga...
Melihat kasih sayang antara ibu dan anak... doktor/nurse dengan pesakit. Paling best dapat ramai kawan baru... hihihi
Tapi pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah di saat mendengar khabar kematian.


Ok lah itu saja kisah yang mama dapat kongsikan... sebenarnya banyak lagi yang mama nak tulis nanti kawan2 tak terbaca pulak.
Upss... lupa plak pasal bb dalam perut mama nihh.
Si kembar pun dah 6 tahun...
Alhamdulillah sekali lagi mama dapat merasai pengalaman berkongsi nyawa dalam tubuh mama. Sekarang 24minggu... doakan mudah mudahan kakak4 dapat adik lelaki pulak yer. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita. Insyaallah... amin.
Puteri kesayangan kami diberi nama Puteri Nuradlina (1.2kg) Puteri Nuradriana (900g) Puteri Nurafrina (1kg) Puteri Nuraina (1.1kg). Berkongsi satu uri... lahir kembar seiras tapi bila meningkat usia makin ketara pulak perbezaan wajah masing2. Kuasa Allah kan... Alhamdulillah sekarang dh pun menginjak usia 6 tahun... berpewatakan sangat aktif tapi syukur atas kurnian yang tak ternilai ini.
Berkongsi perasaan...

Selama hampir 6 tahun mama menahan rasa... melawan emosi... tipulah kalau kata mama tak sedih kan.. lebih sedih bila mendengar sahabat terdekat kita sendiri yang baru berumahtangga terus disahkan hamil.
Walaupun di wajah terukir senyuman tatkala meraikan khabar gembira dr kwn2... namun jauh di sudut hati kita siapa yg tahu. 

Cemburu?? Giler ko xcemburu?? Normal la klu kita punya perasaan mcm tu kan. Balik rumah menangis la sensorang... huhu

Kepada sahabat2 di KIMM yang belum berpeluang memiliki zuriat sendiri mama harap jangan terlalu stress... jangan mudah putus asa... usaha... di samping berdoa dan yakin satu hari nanti masanya akan tiba juga samaada lambat @ cepat itu semua rahsia Allah. 

Pesanan mama lebih baik suami/isteri rujuk pada doktor pakar sakit tuan/puan sebelum menerima apa2 rawatan @mengambil sebarang ubat. Kenal pasti punca masalah... insyaallah mudah mudahan berkat kesabaran usaha dan doa kita Allah makbulkan serta dilimpahkan rezeki berganda yang tak di duga. Amin.
#puteriKembar4 #anakSyurgaKami #anugerahTerindah #dianugerahkanKembar #kelabKembarMalaysia



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA kisah mama sebagai salah seorang insan terpilih dianugerahkan 4 puteri kembar setelah 6 tahun menunggu zuriat. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top