New Delhi: Seorang kanak-kanak berusia 22 bulan terpaksa menjalani pembedahan untuk menyelamatkan nyawanya selepas mengalami kecederaan teruk akibat dirogol jirannya berusia 45 tahun.
Ketika kejadian, kanak-kanak berkenaan yang tinggal di kawasan setinggan di timur Delhi sedang bermain di luar rumahnya apabila Hare Ram Yadav, 45, seorang tukang jahit, membawanya masuk ke dalam rumahnya pada 7 Mei lalu.
Sebaik berada di dalam rumahnya, kanak-kanak itu dirogol selama 15 minit sebelum pulang ke rumah dalam keadaan berdarah dan menangis.
Ketika kejadian, ibu kanak-kanak berkenaan yang berusia 20 tahun berada di dalam rumah memberi makan kepada bayinya yang berusia lapan bulan, sementara bapanya, 28, bekerja di gerai teh.
Menurutnya, anaknya pulang ke rumah sambil meraung dan sukar berjalan.
http://www.hmetro.com.my
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA kanak berusia 22 bulan mengalami kecederaan teruk akibat dir00go0l jirannya berusia 45 tahun.. TOLONG SHARE...!