Baru Aku Faham Mengapa Adik Aku Pilih Sipenjual Burger|Umi.. gelaran diberi pada puteri bongsu.. kehilangan ibu pada umurnya 8 tahun. wajah yang cantik..putih dan boleh dikatakan dialah pling cantik dibandingkan kakak2nya. Ramai jejaka diluar yang mengingininya .
Namun satu hari. .. dia meluahkan hajatnya untuk berkahwin dengan jejak idaman… Tetapi………!!! Pilihannya…….
HANYA SI PENJUAL BURGER!!!.
Sudah pasti mendapat tentangan oleh kakak2 nya yang lain.. masing2 bermuka kelat termasuk aku sendiri bila dapat tahu pekerjaan pilihannya. Pelik.. antara ramai insan diluar kenapa itu yang dicari. Apa yang mmpu diberi nanti dengan nilai hidup si penjual burger????!!
Si bongsu bersedih hati. Tiada siapa mengerti kehendak dihati.
Hinggalah pada satu hari .. suamiku yang hnya berdiam selama ini mula bersuara…
“Baru hari ini aku tau noo,, pngkat besaq tu rupanya yang boleh bagi hangpa hidup.. Baru aku tau noo.. kalau masa remaja dia ni banyak buat nakal sana sini. Tuhan kata konpom masok neraka.. x layak taubat.. hangpa terer sungguh nooo… Hurm..
Hangpa lupa ka kun fayakun.. kalau sekali tuhan sebut orang kaya pun buleh lingkup.. orang jahat pun boleh jadi baik.. ingat!! Rezeki tu tuhan bagi.. jangan hangpa pulak takbur pandai atoq hidup melebihi tuhan.. nanti tuhan tarik nikmat hidup hangpa..masa tu hangpa ada akai!!
Sentap!!.. akhirnya semua akur.. andai itulah jodoh si bongsu. Berlangsung kenduri dalam suasana sederhana..
Beberapa bulan .akhirnya mendapat cahaya mata..kegembiraan x lama, puteri kecil disahkan pula jantung berlubang. Dalam keadaan pantanng si bongsu menjaga siang malam di hosp.. langsung x menjaga dirinya sendiri .hanya puteri dihati..
Di ijn baby dibedah. Tiap2 bulan berulang alik untuk check up.. alhamdulillah . disahkan sihat sepenuhnya
Kegembiraan bermula dalam hidup mereka.. hidup bertiga dengan permata hati..namun x lama. Si bongsu mula jatuh sakit , demam bengkak gusi… Bulan 12/2013 akhirnya disahkan mengidap leukimia.. ya Allah sesungguhnya berdentum hidup kami sekeluarga.
6 bulan berperang dengan kesakitan. ..akhirnya pada kimo ketiga dia pergi mengadap ilahi pd 02/06/2014..
Akhirnya kami sedar. Kenapa tuhan menghantar si PENJUAL BURGER menjadi keluarga kami.
Kerana dia penjual burger..
Dia mampu berada dihospital setiap hari.. sedangkan kami kakak2nya kena mengatur hari bergilir2 untuk menjaga dia disana kerana masing2 bekerja.. bila berkesempatan mengambil cuti untuk kesana..
Kerana dia sipenjual burger..
Dia datang rumah kami..bergilir2 kami menyediakan makanan.. diambil dan dihantar, serta disuapkan kemulut bidadarinya dengan penuh kasih sayang.
Kerana dia si penjual burger. ..
Dia mampu memandikan isterinya ..mengelap tubuh… Setiap inci tubuh si bidadari di belai dan di letakkan losyen agar tidak kekeringan..
Kerana dia si penjual burger..
Waktu malam dia pulang untuk tidurkan anak kecilnya yang sentiasa bertanya di mana ibu?? Knp ibu masih belum pulang2.. lalu di peluk puteri kecil dengan kasih sayang..walau di hatinya mengalir pilu melihat wajah kecil yang x tahu apa2.. di tepuk hingga lena.. sedangkan dia keletihan tidak cukup tidur.. tak dipedulikan tubuh badannya sendiri…
Kerana si penjual burger inilah..
Dia yang mendengar rintihan hati bidadari kesayangannya dengan setia..
Dan itulah rutin harian ..cinta agung si penjual burger terhadap bidadarinya..
Dia mampu berada disisi isteri hingga ke nafas terakhirnya.. berada disisi mengucup dahi pada saat hembusan terakhir didunia ini.. meredhakan pemergian si bidadari..
Walau kami sedarah sedaging belum tentu kami mampu melakukan sepertinya..
andai dia berkelulusan. Rasanya dia xmampu melakukan itu saban hari.
Andai dia berpangkat. Adakah dia punya masa setiap hari??
Terjawab soalan akhirnya.. kenapa tuhan menjodohkan mereka.. sesungguhnya Allah tahu apa yang terbaik untuk makhluknya. Percayalah.
X lama lagi.. akan hadirnya tarikh 02/06/16.. bermakna 2 tahun adikku pergi mengadap ilahi. Dan selama ini jugala.. si penjual burger masih bersendirian.. merindui bidadarinya..
Dan anak kecil itu adalah lambang cinta sejati mereka. Cinta yang hidup mekar, walau si dia telah pergi..
Alfatihah buat adikku..
kami sekeluarga sentiasa menyayangi si penjual burger.. dia tetap keluarga kami hingga ke akhir hayat
Terima kasih kerana memberi kasih sayangmu pada adik kami walau seketika..
Kami doakan perniagaan mu untuk membuka cafe berjaya seperti impian arwah adikku satu ketika dulu. Tunaikanlah harapan bidadari mu..
Via: Puteri
http://eberita.org/baru-aku-faham-mengapa-adik-aku-pilih-sipenjual-burger/
Labels:
kisah
TERIMA KASIH SUDI BACA adik meluahkan hajatnya untuk berkahwin dengan jejak idaman..Tetapi..!!! Pilihannya…HANYA SI PENJUAL BURGER!!!.. TOLONG SHARE...!