suami Yang Khilaf
Terima kasih admin sudi terima cerita aku ni. Salam semua. Pertama sekali, maafkan aku jika cerita ini mengundang rasa marah kalian, aku terima dengan hati terbuka.
Aku mengaku aku khilaf. Aku kongsikan kisah ini sebagai pengajaran untuk semua dan juga aku sendiri.
Aku A, umur lingkungan 30-an. Seorang professional photographer (kini) yg bermula sejak berumur 18 tahun lagi. Aku sekolah tak tinggi, hanya sampai peringkat sijil dalam bidang mekanikal. Itu pun tak teruskan bidang tersebut sebab minat yg tinggi dalam bidang fotografi.
Alhamdulillah, sekarang aku dan team boleh dikatakan berjaya menaikkan nama team kami sebaris dengan professional photographer yg lain. Rezeki tak putus, pagi petang siang malam shoot, edit album, video.
Selain kelas fotografi serta beberapa projek besar bersama syarikat ternama.
Dipendekkan cerita, aku seorang anak kampung dari Utara yg tiada rupa. Berkulit rona coklat gelap, dan rupa pun biasa sahaja. Boleh dikatakan kadangkala aku juga rasa ‘insecure’ bila sekeliling aku semuanya kacak dan digilai wanita. Aku je lah tak laku bak kata orang. Walaupun baru berusia 23 tahun, aku sudah punya kereta sendiri, rumah dan bebas hutang. Semuanya hasil rezeki fotografi. Cumanya, aku masih bujang. Ah muda lagi kan? Nak kalut pi mana?
Kisah bermula pabila aku laksanakan kerja fotografi seperti biasa, client wedding. Sepanjang hari di majlis tersebut, aku selalu terpandang seorang gadis ni. Aduh bila dia senyum, manis.
Yg aku tahu, gadis itu datang bersama rombongan isteri pengantin dari ibu kota.
Ah pandang je lah, kan. Cuci mata. Nanti bila rombongan dah pulang, habis la peluang aku.
Tapi bila rombongan pengantin berangkat pulang, gadis ni setia di sisi pengantin perempuan. Dia duduk berseorangan di satu sudut. Kasihan pula melihat dia, aku berani kan diri mendekati dia.
Aku tegur, tanya mengapa dia tak balik dengan rombongan,
“Oh saya temankan pengantin perempuan di sini. Lepas habis majlis baru balik” Dan dia tersenyum pada aku. Alahai manisnya awak.
Pabila petang, aku dan team bersedia untuk outdoor photoshoot. Aku nampak gadis tadi ikut bersama. Ah girang aku rasa. Mana tahu, ada peluang bersembang lagi nanti.
Sampai di lokasi photoshoot, aku tanyakan pada client aku nama gadis itu. Ina namanya. Sepanjang di lokasi, Ina sering membantu pengantin dan juga team aku. Ramah orangnya. Manja suaranya, lembut dia tertawa. Aku jatuh cinta.
Entah dari mana kekuatan aku dapat ketika itu, pabila semuanya sibuk bersembang antara satu sama lain. Aku nampak Ina berjalan keseorangan ke kereta, aku tunggu dia di satu sudut. Bila kembalinya dia, aku cakap “Hai, Ina. Saya ermm. Saya suka kan awak”
Ina ketawa lembut. Kena reject kah aku? Tiba-tiba rasa panas je muka. Aku malu!
“Terkejut saya tiba-tiba awak cakap macam ni” Ina ketawa lagi.
“Kalau suka, tunggu lah. Itu pun kalau sabar menunggu” Ina hadiahkan senyuman dan berlalu pergi.
Apa maksud ayat dia?
Bila sesi photoshoot tamat, aku berborak dengan client yg juga rakan sekolah aku dulu. Dan aku ambil kesempatan ini untuk bertanyakan tentang Ina. Di saat ini baru aku tahu yg Ina rupanya tua setahun dari aku. Ala takpa, age is just a number, kan?
Aku pass kan nombor telefon aku pada client untuk diberikan pada Ina, “Aku boleh tolong bagi nombor ni, tapi..”
Tapi apa?
“Tapi, Ina ni gadis yg sangat lembut dan bercita-cita tinggi. Apa yg aku tahu, dia elakkan diri dari bercinta sebab nak capai cita-cita dia dahulu. Apatah lagi bab kahwin, jauh sekali. Dia masih nak sambung belajar ke peringkat tinggi. Berkawan mungkin ya, tapi jangan terlalu berharap. Okay, bro? Good luck”
Sekarang aku faham mengapa Ina berpesan, “Tunggu lah” itu tadi.
Aku pun tidaklah gelojoh mana hingga nak terus ajak dia kahwin serta merta. Berkawan dulu. Tapi jika ada jodoh kami, aku harap tak perlu lah aku tunggu lama.
Bulan berlalu, walaupun Ina peroleh nombor aku. Aku masih belum terima sebarang berita daripadanya. Tak senang aku nak edit album teringatkan senyuman manis Ina. Aku ambil keputusan nak cari akaun facebook Ina. Aku mula dari page client, hingga ke profile isterinya. Selepas beberapa skill FBI, aku berjaya jumpa page Ina. Aku add.
Tapi, belum di-approve kan selama sebulan. Aku terus private message Ina. Mengatakan aku lah photographer di majlis rakannya beberapa bulan yg lalu. Alhamdulillah selepas 3 minggu, Ina approve friend request aku dan membalas message aku, “Maaf, saya tak perasan request awak :)”
Dari situ aku mula chat Ina.
Bertanya khabar, itu ini aku tanya. Aku usaha untuk tidak matikan conversation kami. Ina, biasalah. Lambat nak balas mesej aku. Sibuk katanya. Seringkali mohon maaf dan katakan dia akan membalas chat aku di masa lapangnya.
Aku sentiasa tunggu mesej Ina. Aku tak mahu nampak terlalu terdesak. Cool.
Pernah aku tanyakan mengenai nombor aku, Ina cakap dia dah simpan di dalam phonebook cuma masih belum bersedia untuk memberikan nombornya kepada ku.
Usai tiga tahun kami hanya membalas mesej di facebook. Walaupun aku
pernah ajak berjumpa, Ina elak. Tak bersedia katanya. Tiga tahun aku rasa seksa menunggu. Tidak berjumpa, chat pun hanya beberapa ketika, aku rindu suara manjanya. Kadangkala ambil masa beberapa hari baru Ina muncul.
Hanya melalui chat facebook. Akhirnya, Ina whatsapp aku.
Sejak dari itu aku rasakan tiga tahun lebih ini sudah cukup untuk kami mengenali hati budi masing-masing. Aku terus menyatakan hasrat aku untuk berjumpa orang tuanya, untuk menyunting Ina menjadi suri hatiku sepenuh masa.
Ina membalas, “Boleh, datang lah rumah” Green light! Aku sampaikan hasrat aku pada ibu, ibu bersetuju untuk mempersiapkan buah tangan untuk dibawa ke sana. At last, bertahun aku menunggu, inilah peluang aku.
Selepas dua minggu, kami tiba di rumah Ina. Keluarga dia terima kami dengan baik. Aku juga nyatakan pada keluarga Ina yg aku tidaklah berkelulusan tinggi seperti Ina. Aku hanya mencari rezeki daripada bidang fotografi. Cuak juga ketika itu, ye lah Ina tu ada Master, kerja pun gaji tinggi. Ina cakap English bak peluru laju tak sempat nak dikejar. Aku pula? No, yes, thank you, I love you aku tahu lah. Haha.
Aku bersedia jika lamaran ku ditolak. Sedar diri kata orang.
Alhamdulillah. Keluarga Ina terima lamaran aku. Lega, bro. Bakal mertua aku nampak je garang, tapi kelakar dan mudah untuk didekati. Mereka bersederhana, tidak terlalu alim tapi masih menjaga adat dan batas dalam agama. Aku suka keluarga dia!
Kami pun mulakan persiapan majlis. Ina tidak mahu majlis besar, cukup lah dahulukan yg wajib katanya. Aku turuti, tapi biasalah ibu aku mahu jemput ramai katanya. Ye lah ibu. Ina pun ikut je cakap ibu.
Usai majlis, aku terus bawa isteriku ini ke rumah kami. Yg aku beli beberapa tahun dahulu, dan siap diubahsuai.
Isteri aku suka dengan semua yg tersedia. Sentiasa ucap terima kasih kepadaku. Alhamdulillah, rezeki Allah, jodoh Allah.
Kadangkala Ina juga ada menyuarakan yg dia ingin membantu aku dari segi kewangan walaupun aku mampu, katanya “Kita sama-sama.” Takpa sayang.
Aku masih mampu. Walaupun berulangkali pelawaan isteriku aku tolak, dia masih mahu menggunakan wang gajinya dalam beberapa hal rumah. Sehinggakan aku cakap, “Kalau awak nak bagi duit lagi, saya tak cakap dengan awak sebulan” Lol.
Entah. Kadang aku terasa, adakah isteriku memandang rendah kepada aku? Ya, isteriku bergaji tetap beribu sebulan. Makan tak habis. Aku hanya biarkan perasaan aku tu berlalu, syaitan je ni bisik. Benda takda hal pun. Asalkan isteriku jaga aku dengan baik, dah cukup beruntung diri ini. Kerja aku yg tidak tetap waktu, kadangkala outstation luar sehingga berminggu, isteriku tak pernah merungut. Dia sentiasa memahami.
Isteriku kerja ikut time ‘office hours’, cuti weekend. Tapi aku sepanjang minggu shoot produk, model. Time weekend pula sibuk dengan majlis korporat, kenduri kahwin. Bila aku pulang, isteri dah tidur. Dia bangun kerja, aku pula masih tidur dek letih edit album sepanjang malam.
Namun, isteri aku masih utuh laksanakan tanggungjawabnya. Tak pernah dia tak masak. Urut aku, teman aku buat kerja, kadangakala dia lah yg tolong kemas dan bersihkan kamera lens aku semua. Sebelum keluar kerja di awal pagi pun dia dah sediakan makanan tengahari aku. Baju pun dah tersedia, aku hanya bangun mandi dan terus pakai sahaja. Aku sering pulang keletihan, dia sambut aku dengan senyuman manis itu.
Pernah juga aku dengar cemuhan orang luar yg mengatakan aku ni tak padan dengan isteriku, bagai langit dan bumi. Aku tak “class”. Pernah aku rajuk, isteri lah yg tenangkan aku. Dia tak pedulikan kata orang, dia kenal suami dia katanya. Aku minta dia ajarkan aku bahasa Inggeris, isteri ajarkan.
Dan kononnya orang luar kata aku tak kacak nak dipadankan dengan isteriku yg manis dan cantik itu.
Isteri pujuk aku, buat facial padaku dengan menggunakan bahan semulajadi dari dapur. Gigih dia sediakan semua nya, tak jemu berkhidmat bagaikan aku di spa pula. Hasilnya, selepas beberapa bulan, walaupun tidaklah sekacak mana, raut wajahku agak berlainan dari dulu. Kulit yg agak licin (dahulu aku penuh jerawat dan berjeragat nauzubillah!).
Sehinggakan pernah rakan-rakan aku minta isteriku sediakan bahan facial yg dia sediakan itu dan mereka sanggup bayar dek kerana Nampak jelas perubahan pada diri aku. Sekarang keyakinan aku di sisi isteri makin tinggi. Dah boleh speaking lagi. Semuanya hasil usaha, ajaran dan sokongan isteriku.
Alahai isteri, anugerah yg tak ternilai. Nikmat Allah yg mana lagi nak aku dustakan?
Sehinggalah suatu hari, aku perlu ke sebuah pulau bersama client selama hampir tiga minggu. Aku mengajak isteri bercuti bersama di pulau tersebut setelah aku usai kerja di sana. Isteri setuju dan akan ke sana bertemu aku pada minggu terakhir.
Hari kedua aku di pulau tersebut, isteri whatsapp aku “Sayang, saya ke sana nanti bawa hadiah awak”
Hadiah? Eh bukan birthday aku. Bukan jua anniversary kami. Aku pelik. Hadiah apa?
“Ada lah, sayang. Just wait, okay? Hadiah ni sayang tak dapat beli dekat mana pun tau. Special!” Isteri tertawa lembut.
ketika itu.
Apa yg aku lihat dari rakaman cctv itu membuat aku terdiam dan akhirnya aku menitiskan air mata jantan. Ego aku jatuh. Ego aku selama ini telah makan diri aku sendiri.
……………
Pada hari aku ke pulau, sebelum itu aku ada menghantar isteriku ke majlis hari jadi rakannya dan isteriku akan bermalam di rumah rakannya itu selama dua malam. Aku pulang sendirian dan bersiap untuk bertolak ke pulau. Aku membawa turun bagasi dan sebotol minyak enjin untuk diisi di dalam enjin kereta sebelum bertolak. Sedang aku turun tangga, telefon berdering, aku terhenti di tangga dan menjawab panggilan daripada client. Aku letak botol minyak yg dah dibuka itu di sudut tepi tangga.
Usai panggilan, aku terus bangun bergegas menuruni anak tangga dan bagasiku terlanggar botol minyak enjin tadi dan tertumpah ke tiga anak tangga ke bawah. Aku tak sempat nak lap minyak tersebut, aku akan meminta tolong isteriku kemudian. Aku terus keluar rumah dan bertolak ke pulau.
Namun, aku terus terlupa akan minyak yg tertumpah itu.
Selepas dua malam, isteriku pulang ke rumah. Mungkin dia juga letih, terus ke tangga menuju ke atas. Di sebabkan lantai anak tangga yg licin kerana tumpahan minyak yg aku buat tempoh hari, isteriku tergelincir jatuh tangga. Dan mengalami keguguran anak pertama kami yg tidak sempat ku mengetahui kewujudan benih itu.
…………….
Aku dah bunuh anak ku sendiri ya Allah…
Aku menangis sekuat hati. Aku lempar keyboard, menolak kerusi. Aku kesal dengan sikap aku sendiri.
“Sayang? Kenapa ni?”
Isteriku muncul di muka pintu. Aku berlari memeluk isteriku yg naif itu.
“Maafkan saya. Maafkan saya, sayang. Saya dah bunuh anak kita”
Aku menyesal pun tiada gunanya. Aku biar isteriku hadapi semua ini seorang diri. Keperitan, kesakitan yg dia alami, dia masih tersenyum kepadaku saban hari. Walau aku langsung tidak memandang dan bercakap dengannya. Suami apakah aku ini?
Hanya kerana sebuah kamera lama yg boleh dibaiki, aku biar diriku dikuasai amarah. Hanya kerana kecuaian aku, aku menyebabkan kematian anakku. Hanya kerana ego, aku biar isteriku mengalami semua ini seorang diri. Walaupun aku ada bersamanya tiap hari.
Isteriku sedikit pun tidak menyalahkan aku akan perbuatanku ini. Dia masih tersenyum dalam tangisan.
Ya tuhanku, aku menyesal…
Sayang, walaupun kisah ini sudah bertahun berlalu, masih kekal segar dalam ingatan saya. Alhamdulillah kita dikurniakan peluang kedua untuk menjadi mama dan baba. Saya berjanji saya tidak akan sia-siakan awak, dan awaklah yg utama, penting daripada nyawa saya.
Maafkan saya sayang..
Semoga rumahtangga kita ini sentiasa dalam lindungan rahmat Allah, hingga ke syurga.
– Suami yang khilaf –
A-Zhi
– A-Zhi
Labels:
perkahwinan
TERIMA KASIH SUDI BACA Suami Yang Khilaf- Aku dah bunuh anak ku sendiri ya Allah… Aku menangis sekuat hati.. TOLONG SHARE...!