Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Vanidah Imran menang tuntutan saman ke atas Ronasutra, peroleh pampasan RM265,000


VANIDAH Imran berjaya memperoleh RM265,000 selepas Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur membenarkan tuntutan saman untuk baki bayaran kontrak terhadap pengeluar kosmetik Ronasutra.

Vanidah Dapat Pampasan Kes Syarikat Kosmetik Langgar Kontrak

Hakim Roszianayati Ahmad hari ini membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan tuntutan Vanidah atau dikenali sebagai Vee, 43, terhadap syarikat Miliyasutra Industries Sdn. Bhd.

Mahkamah tersebut juga memerintahkan Miliyasutra Industries sebagai defendan untuk membayar lagi kos sebanyak RM10,950 terhadap pelakon wanita tersebut.

Bagaimanapun, mahkamah menolak tuntutan aktres utama filem The Red Kebaya itu  bagi mendapat ganti rugi RM500,000 ekoran penggunaan imej dirnya, ganti rugi am, teladan dan teruk.

Pada 28 Oktober tahun lalu, Vanidah memfailkan saman terhadap Miliyasutra Industries menuntut ganti rugi RM726,000 antaranya bayaran tunggakan dan penggunaan imejnya walaupun perjanjian sudah tamat.

Menurut pernyataan tuntutan, Vanidah mendakwa telah menandatangani kontrak bernilai RM490,000 dengan Miliyasutra sekitar September 2012 hanya bagi tempoh selama dua tahun.

Sepanjang tempoh tersebut, pelakon itu  telah melunaskan tanggungjawab tanpa sebarang aduan daripada syarikat berkenaan, tetapi Vanidah mendakwa kontrak beliau ditamatkan pada September 2014.

Justeru, baki bayaran kontrak sebanyak RM265,000 masih belum diterima dan pada 6 April 2015, defendan mencadangkan bayaran sebanyak RM60,500 kepada pelakon itu sebagai penyelesaian penuh.

Vanidah kemudian mendakwa sekitar Julai 2016, beliau masih lagi mendapati imejnya telah disalah guna oleh defendan dalam penjualan beberapa barangan kosmetik jenama Ronasutra.

Sedangkan pada ketika itu, kontraknya telah luput namun penggunaan gambarnya tetap berlanjutan lagi sehingga sekarang. Oleh itu, Vanidah menuntut baki kontrak sebanyak RM265,000.

Manakala RM500,000 sebagai ganti rugi bagi penggunaan imejnya tanpa kebenaran selain ganti rugi am, teladan dan teruk serta lain-lain kos dan relif yang sesuai.

Sumber: Mynewshub.cc


http://thetrendingnow.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Vanidah Imran menang tuntutan saman ke atas Ronasutra, peroleh pampasan RM265,000. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top