Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin hairan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Penerangan Umno Taman Cempaka Syed Rosli Syed Harman Jamalullail yang menggelarnya sebagai Bangla di Twitter.
Katanya kenyataan Syed Rosli itu dilihat kurang waras dan ada yang tidak kena dengannya.
“Lelaki ini gila. Dia ada dalam sejarah memalsukan perkara, menipu dan memanggil saya macam-macam.
“Baru sahaja malam tadi dia gelar saya Bangla di Twitter, ada sesuatu yang tak kena dengan lelaki ini,” katanya.
Rizeq ancam lancar revolusi putih dari Arab Saudi
Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Grab Rakan Utama Penyediaan Perkhidmatan Panggilan Kereta Bagi Acara Sukan Sea ke-29 dan Sukan Para Asean ke-29 di Petaling Jaya hari ini.
Semalam, di Twitter Syed Rosli memanggil Khairy dengan gelaran “Steady Mat Bangla” selepas menteri belia dan sukan itu memuat naik foto Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud berjabat tangan dengan isteri Donald Trump, Melania.
Hari ini, Syed Rosli menerusi jemputan medianya turut mendakwa bahawa beliau dan keluarganya menerima ugutan bunuh dari Khairy.
Melalui jemputan itu, Syed Rosli akan membuat laporan polis pada jam 3 petang di ibu pejabat polis Ampang Jaya.
Mengulas lanjut Khairy menafikan perkara itu dan katanya tidak ada masa untuk melayan tuduhan Syed Rosly itu.
“Sudah tentu tidak. Jangan buang masa untuk perangai seperti ini,” katanya.
https://m.malaysiakini.com
Labels:
lawak
TERIMA KASIH SUDI BACA Twitter Syed Rosli memanggil Khairy dengan gelaran “Steady Mat Bangla” . TOLONG SHARE...!