Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Bakal Suami Batalkan Perkahwinan Apabila Menonton Video Bridal Shower Bakal Isterinya Bermesraan Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai







Setiap pasangan kekasih, perkahwinan adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan. Persiapan berbagai persiapan dilakukan agar hari yang dinantikan itu akan meninggalkan sejarah serta kenangan yang tidak akan dilupakan seumur hidup. Gambar dan video direkodkan agar dapat ditunjukkan kepada anak dan cucu kelak.

Begitu juga bagi pasangan ini setelah lama bercinta dan berkasih sayang, akhirnya mereka mengambil keputusan untuk melangsungkan perkahwinan dan menamatkan zaman bujang.

Segala persiapan telah dibuat, tarikh pernikahan juga telah ditentukan dan undangan ke majlis perkahwinan juga telah disebarkan. Semua persiapan untuk hari yang dinantikan itu telah pun siap secara keseluruhannya dan mereka hanya menunggu masa untuk disatukan.

Zaman sekarang setiap pasangan yang akan berkahwin pasti akan melakukan 'Bridal Shower', ia umpama satu tradisi yang wajib dilakukan, lebih-lebih lagi di negara barat. Mereka sering mengadakan bridal shower sebelum mereka dikahwinkan, kononnya ingin berpesta buat kali terakhir sebelum menjadi hak milik orang.

Itulah yang dilakukan oleh wanita ini yang akan melangsungkan perkahwinannya tidak lama lagi. Rakan-rakannya telah mengaturkan dan mengadakan bridal shower khas untuknya. Semua rakan-rakannya dijemput hadir baik lelaki dan perempuan.

Majlis ini seperti satu pesta yang tidak membataskan pergaulan lelaki dan perempuan. Mereka menari, menyanyi dan berpelukan sesama sendiri dengan gembira sehinggakan wanita berkenaan tidak menyedari dia telah melakukan kesilapan apabila mengecewakan bakal suaminya sendiri.

Mengikut laporan dari Viral4Real, beberapa hari sebelum tarikh majlis pernikahan pasangan itu, bakal suami wanita terbabit telah memutuskan untuk tidak berkahwin dengannya apabila terlihat satu rakaman video yang memaparkan kemesraan wanita berkenaan dengan seorang lelaki yang dipercayai seorang penari melakukan hubungan intim di hadapan khalayak ramai.

Melalui satu video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook iaitu Carmelo Delva, wanita terbabit melakukan perbuatan itu dengan kerelaannya tanpa paksaan dan mengakhiri perbuatan itu bersama sorakkan rakan-rakannya.


Menurut akaun Facebook itu lagi, selepas melihat rakaman video perbuatan wanita itu ketika bridal shower tersebut, lelaki berkenaan terus membatalkan pernikahan mereka serta merta. Namun, tiada kenyataan yang menceritakan apakah yang berlaku selepas itu dan siapakah pasangan berkenaan serta lokasi kejadian tidak dinyatakan. - Koleksi Viral

http://www.koleksiviral.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Bakal Suami Batalkan Perkahwinan Apabila Menonton Video Bridal Shower Bakal Isterinya Bermesraan Dengan Lelaki Di Khalayak Ramai. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top