|Terdesak untuk mendapatkan bantuan dengan meraih simpati ramai, seorang ibu dipercayai sanggup meletakkan bahan pewarna pada bayinya untuk kelihatan seperti mengalami pendarahan teruk.
Itu dakwaan yang dilemparkan terhadap seorang pemilik laman sosial Facebook, Nurin Diana selepas memuat naik sebuah status bersama gambar dan video anaknya yang mengalami pendarahan.
Perkara itu menjadi tular di laman sosial selepas gambar dan videonya itu dimuatnaik ke laman sosialnya dan mendapat lebih 17,000 perkongsian setakat ini.
Ia mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang kebanyakannya bersimpati dengan nasib bayi itu.
Tidak kurang juga mendakwa wanita berkenaan sengaja meletakkan bahan pewarna pada wajah anaknya bertujuan untuk meraih simpati dan mendapatkan bantuan secara mudah.
Terkini, wanita berkenaan dilihat telah memuat naik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Kota Tinggi, Johor lantaran tuduhan yang dikenakan terhadapnya.
Luahan Nurin Diana.
Dalam sebuah perbincangan atas tuduhan yang dilemparkan padanya oleh natizen beliau memaklumkan dakwaan itu adalah tidak benar,dan tujuan beliau memuat naik status itu adalah mencari penawar untuk anaknya yang sakit.
Bagaimana pun pemberita cuba mendapatkan kenyataan dari Ketua Polis Daerah Kota Tinggi berhubung perkara ini, Rabu.
http://eberita.org/ibu-tampil-perjelas-isu-pendarahan-anak/
Labels:
semasa
TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu tampil Perjelas isu Pendarahan anak. TOLONG SHARE...!