#08_JAN_2017 #SELANGOR #LAGI_KES_BUANG_BAYI
~ TERGAMAKNYA IBU...~
~ TERGAMAKNYA IBU...~
SHAH ALAM ~ Seorang bayi perempuan ditinggalkan di dalam kotak di
belakang rumah penduduk di Lorong Mahkota Impian 2/26, Bandar Puncak
Alam, di sini, awal pagi semalam.
Kejadian disedari oleh pemilik rumah berkenaan, Mohd Esa Ismail, 47, kira-kira jam 2.30 pagi selepas mendengar tangisan bayi berkenaan di belakang rumahnya.
Menurutnya, dia terkejut selepas melihat bayi yang hanya berselimutkan sehelai kain batik berada di hadapan pintu belakang rumahnya sebelum menghubungi Balai Polis Saujana Utama, Sungai Buloh, untuk tindakan selanjutnya.
"Saya sedang tidur ketika itu sebelum dikejutkan dengan tangisan kuat bayi di belakang rumah.
"Apabila membuka pintu, saya terkejut melihat bayi itu dan memanggil isteri serta menghubungi pihak polis," katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, hari ini.
Mohd Esa berkata, bayi berkenaan yang masih bertali pusat dipercayai ditinggalkan kira-kira jam 2 pagi dan dalam berkeadaan bersih.
Katanya, dia bersama pihak polis kemudiannya menghantar bayi berkenaan ke Hospital Sungai Buloh untuk pemeriksaan lanjut. #⃣©opypasteinfo

Labels:
sedih
TERIMA KASIH SUDI BACA "Saya sedang tidur ketika itu sebelum dikejutkan dengan tangisan kuat bayi di belakang rumah.- TUAN RUMAH. TOLONG SHARE...!