Jurutol buang bayi sendiri di longkang berhampiran tempat kerja
Foto - Berita Harian
KAJANG, SELANGOR - Tergamak seorang wanita membuang bayinya yang baru dilahirkan di dalam longkang berhampiran pejabat Plaza Tol Bukit Kajang, semalam.
Bayi lelaki itu ditemui kira-kira jam 5.40 petang oleh sekumpulan anggota Unit Peronda Lebuhraya Silk yang terdengar tangisannya selepas menukar tayar kenderaan di pejabat berkenaan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintendan Mohd Sabri Abdullah berkata, anggota berkenaan kemudian memaklumkan penemuan itu kepada polis dan Hospital Kajang sebelum sebuah ambulans dihantar ke lokasi kejadian.
Dalam masa yang sama juga, anggota Unit Peronda terbabit turut melihat seorang jurutol wanita sedang mengelap darah pada cermin di tingkap tandas wanita ketika kejadian.
"Wanita itu memberikan alasan membersihkan darah rakannya yang pengsan kerana masalah buasir namun selepas disoal siasat, kita mendapati dia adalah ibu bayi berkenaan.
"Ketika ditemui, bayi berkenaan masih berdarah di seluruh tubuh. Pembantu Perubatan Hospital Kajang terpaksa memotong tali pusat dan uri bayi berkenaan sebelum di bawa ke hospital.
"Tiada kecederaan yang ditemui pada bayi itu dan dia kini diberi rawatan susulan," katanya kepada Berita Harian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan atas kesalahan membuang bayi yang boleh dikenakan penjara tujuh tahun atau denda atua kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. - The Reporter
Labels:
kejam
TERIMA KASIH SUDI BACA Jurutol buang bayi sendiri-Wanita itu memberikan alasan membersihkan darah rakannya yang pengsan kerana masalah buasir. TOLONG SHARE...!