Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Suami jarang bagi nafkah zahir walaupun kerja hebat. Nafkah batin rasanya tak sampai 10 kali lagi sepanjang 3 tahun ni.


Assalamualaikum admin. Mohon hide profile saya untuk menjaga aib sy dan suami.

Saya dah berkahwin hampir 3 tahun. Sy berkahwin atas pilihan orang tua. Alhamdulillah suami sy baik sangat. Tapi saya ada masalah dari segi lain.
Suami sy ni pemalu. Saya pulak sweet orangnya. Sikit2 nak surprised kan suami. Saya yang selalu bg ayat bunga2 dekat suami. Msg indah2 time waktu kerja walaupun suami macam biasa2 je layan saya. 

Tiap hari tunggu dia kat pintu balik kerja mesti sy cium pipi dia, peluk dia pastu baru lah dia masuk rumah. Masa mula2 kawin memang kami jarang berborak hanya cakap benda yang penting je. Dah 5 bulan kawin belum bersama walaupun sekali. Masuk bulan ke 6 baru lah sy dapat bersama itu pun jarang2 berlaku. Tapi sy tak putus asa, sy tetap sweet mcm selalu. 


Alhamdulillah Allah bagi rezeki anak dkt saya. Sepanjang sy preggy suami jg sy elok, sy dapat makan cukup, kerja rumah semua dia settlekan kalau saya tak larat sampai la lepas bersalin. Sy di jaga elok oleh suami apatah lagi anak saya. Sekarang anak dah 2 tahun lebih, lepas bersalin smpai hari ni suami tak pernah bg nafkah batin, bila saya ajak bersama dia akan cakap NANTILAH. Nafkah zahir dah lama suami tak bagi saya pun tak pernah mintak memang saya malu nak mintak2 duit orang. Saya yang banyak keluarkan duit utk rumah, keperluan anak semua sy tanggung walaupun gaji sy tak besar tapi Allah cukupkan.


Sekarang saya dah tak buat kerja2 sweet tu semua sebab saya kecewa kenapa suami layan saya macam tu walaupun saya dah cuba ceriakan rumah tangga saya. Suami sy pendiam. Kami jarang berborak melainkan hal anak je. Suami tak pernah tanya keadaan sy, tak ambil kisah tapi pasal anak dia kisah sangat2, sy yang letih jaga anak dia tak peduli pun saya. Sepanjang sy kawin suami tak pernah sekali pun puji saya cantik, bukan la hadap sangat di puji, tapi dari mulut suami saya teringin betul nak dengar. 

Apa salahnya puji isteri sendiri walaupun bukan hari2. Suami tak pernah pegang tangan saya. Nak mengusik saya memang tak pernah. Hari jadi saya tak pernah dia ingat apatah lagi nak belanja ice cream magnum. Saya sunyi sangat. Suami saya tak suka berborak klu ajak bersembang mesti dia banyak diam sy je yang cakap. Last2 sy pun diam sebab tak di layan.


Suami jarang bagi nafkah zahir walaupun kerja hebat. Nafkah batin rasanya tak sampai 10 kali lagi sepanjang 3 tahun ni. Akhirnya saya dah tawar hati. Saya pikir baik saya hidup sendiri, jaga hati sendiri, jaga diri sendiri sebab orang yang saya harapkan tak pedulikan kehadiran saya. Saya nak tanya apa hukum rumah tangga saya ni bila suami dah lama tak bagi nafkah? Apa perlu saya buat?



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Suami jarang bagi nafkah zahir walaupun kerja hebat. Nafkah batin rasanya tak sampai 10 kali lagi sepanjang 3 tahun ni.. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top