Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pekerja cedera kereta rempuh restoran

Sungai Petani: Pekerja restoran nasi kandar cedera sementara empat pelanggan selamat selepas kereta merempuh teksi sebelum kedua-dua kenderaan terbabas ke dalam restoran di Jalan Ibrahim di sini, hari ini.



Dalam kejadian 5.45 petang itu, kereta dipandu lelaki dalam perjalanan dari Jalan Kampung Baru ke Jalan Petri namun ketika di lokasi kejadian, dia hilang kawalan ketika membelok dan merempuh teksi di tepi restoran itu sebelum terbabas ke dalam premis itu.

Akibat rempuhan itu empat pelanggan yang sedang makan di restoran itu terjatuh sementara tempat hidangan lauk bertaburan di atas lantai.



Pelanggan, Mohd Yusoff Ismail, 50, berkata, ketika itu, dia bersama tiga rakan sedang minum kopi apabila tiba-tiba terdengar dentuman kuat di tepi kedai sebelum melihat dua kereta terbabas ke dalam restoran.

Menurutnya, dia bersama rakan turut terjatuh dan terkejut dengan kejadian itu yang berlaku terlalu pantas.

"Waktu itu saya lihat tempat letak nasi dan lauk terbalik serta bertaburan atas lantai akibat dirempuh kereta itu.

"Pada masa sama, seorang pekerja kedai itu turut cedera di kaki dan perut sebelum dia dihantar ke Hospital Sultan Abdul Halim ( HSAH)," katanya.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pekerja cedera kereta rempuh restoran. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top