Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Harimau Malaysia dilarang ke Korea Utara




PETALING JAYA, 8 Jamadilakhir 1438H, Selasa – Skuad bola sepak kebangsaan, Harimau Malaysia tidak dibenarkan ke Pyongyang bagi menghadapi perlawanan Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 28 Mac ini.

Perkara itu dimaklumkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas menerima arahan daripada kerajaan Malaysia.

Arahan berkenaan dimaklumkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin, semalam.

“Saya dihubungi (Khairy) dan disusuli surat daripada Kementerian Belia dan Sukan ditandatangani ketua setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali yang menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah bersetuju supaya skuad Harimau Malaysia tidak mengambil bahagian untuk perlawanan di Pyongyang itu atas dasar dan pertimbangan faktor-faktor keselamatan.

“Keputusan kerajaan Malaysia itu dibuat selepas perkara tersebut dibincangkan dalam mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan baru-baru ini,” katanya.

Khamis lalu, FAM telah menerima surat awal daripada Wisma Putra yang ditandatangani Menteri Luar Negeri, Datuk Sri Anifah Aman yang menyatakan bahawa venue perlawanan sulung Kumpulan B Piala Asia di Stadium Kim Il-sung, Pyongyang itu dijamin selamat tetapi sebarang perubahan akan dimaklum dari masa ke semasa.

Bagaimanapun keputusan Kerajaan Malaysia mengisytiharkan Duta Korea Utara, Kang Chol sebagai Persona Non Grata dan mengarahkan pegawai diplomatik itu meninggalkan Malaysia selewat-lewatnya 48 jam bermula Sabtu, menjadikan situasi semasa tidak selamat untuk rakyat Malaysia termasuk pemain kebangsaan untuk berkunjung ke republik itu buat masa ini.


http://www.ismaweb.net/2017/03/harimau-malaysia-dilarang-ke-korea-utara/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Harimau Malaysia dilarang ke Korea Utara. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top