Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Cikgu sekolah cederakan pelajar darjah 5 sebelum mencabulnya dalam sekolah

Kuala Pilah – Seorang guru mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini, bagi dua pertuduhan iaitu mencedera dan mencabul seorang murid lelaki dua tahun lalu.

Tertuduh, Md Yunus Ashari, 50, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Ala’uddin Bahar


Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja mencedera dan mencabul seorang murid lelaki ketika itu berusia 11 tahun di sebuah bilik di sekolah kebangsaan di Batu Kikir di sini, pada 9.30 pagi, 12 November 2015.

Bagi kesalahan mencederakan, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun, denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun, denda atau sebat, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Pendakwa Raya, Inspektor Rosli Muhamad manakala tertuduh diwakili peguam, Muhammad Hafiz Leman.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan 28 Mac ini untuk sebutan semula kes. – hm



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Cikgu sekolah cederakan pelajar darjah 5 sebelum mencabulnya dalam sekolah. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top