Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Pulau Pinang...saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Pulau Pinang kerana menjalankan tanggungjawab

Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Pulau Pinang.
Setiap pasangan yang bakal menimang cahaya mata pasti akan melalui fasa-fasa susah dan senang sewaktu mendapatkan zuriat. Begitu juga dengan saya pengalaman isteri bersalin di hospital Pulau Pinang antara pengalaman berharga buat saya untuk dikongsikan bersama anda.

Alhamdulilah, hari yang ditunggu telah tiba. 29hb August isteri akan ditempatkan ke dalam wad bersalin. Semua barang keperluan isteri dan baby sudah awal-awal lagi dimasukan kedalam bonet kereta. Sememangnya Doktor memberitahu kami untuk mendaftar di hospital pada pukul 8 pagi tetapi kami kesana lewat pada jam 11 tengah hari. Sebab sebelum bertolak ke hospital pulau pinang saya mahukan isteri terlebih dahulu berjumpa dengan ibu bapanya untuk menghalalkan makan minum dan berdoa mempermudahkannya bersalin.
Bersalin di hospital kerajaan dan tidak bersalin di klinik swasta kan tempatnya lebih selesa ? Antara sebab saya memilih hospital kerajaan adalah kerana saya takut ada komplikasi seperti baby pertama, sebab kedua isteri menyukai suasana dihospital pulau pinang dan mempunyai rekod bersalin ketika melahirkan baby pertama.

Sebab ketiga pula saya takut dan mendengar cerita sekiranya dihantar ke klinik swasta. Doktor swasta kebiasaanya memilih untuk melakukan pembedahan sekiranya berlaku sedikit kesusahan untuk melahirkan anak. Berbeza dengan hospital kerajaan mereka semahu-mahunya anak yang dikandung akan dilahirkan secara normal sekiranya ibu tiada masalah dan baby tidak songsang. Untuk pengetahuan pembaca baby pertama bersalin di hospital pulau pinang di dewan bersalin yang dikhaskan memang untuk bersalin dan tidak bercampur dengan bangunan pesakit lain malah saya sendiri dibenarkan masuk untuk melihat bagaimana peritnya isteri saya melahirkan anak. Tetapi kali ini dewan bersalin tersebut sedang dalam proses renovation.

Kali ni dewan untuk bersalin ditukar ke tempat yang baru iaitu didalam kawasan hospital pulau pinang. Ape yang menjadi masalah ketika berada di hospital pulau pinang adalah faktor parking kereta yang terhad dan ini menyukarkan saya untuk meletakkan kenderaan. Saya hanya menurunkan isteri terlebih dahulu dibangunan wad bersalin. Perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah memastikan segala dokumen penting seperti buku merah dan kad pengenalan dibawa bersama .Disebabkan parking terhad saya terpaksa meletakan kenderaan agak jauh dari dewan bersalin. Jenuh jugak berjalan sambil mengendeng beg dan keperluan baby. Tapi apabila memikirkan anak yang akan dilahirkan, soal kepenatan semua tidak menjadi bebanan.

Sampai sahaja disana nurse menyerahkan semula kad pengenalan isteri dan borang daftar masuk. Nurse menyuruh saya menaiki tangga di tingkat satu untuk tujuan pendaftaran. Selepas membayar duit deposit sebanyak 15 ringgit saya akan mendapat resit dan file untuk diserahkan semula kepada nurse tersebut.Saya hanya menunggu di tempat menunggu yang disediakan oleh pihak hospital. Lebih kurang dalam 15minit, isteri keluar bersama nurse dan kami berjalan menuju ke tingkat dua di dewan wad bersalin. 

Untuk pengetahuan anda, terdapat dua dewan wad bersalin, satu di tingkat bawah blok D dan satu lagi di tingkat 2 berhadapan dengan blok D. Semasa isteri ditempatkan,apa yang saya dapat perhatikan bilik isteri saya boleh menempatkan 6 orang ibu mengandung sahaja dan ketika itu hanya 3 orang sahaja berada didalam bilik termasuk isteri saya.

Disebabkan waktu melawat pukul 1-2 saya mengambil kesempatan berbual dengan isteri dan akan datang semula pada waktu melawat jam 5-8malam.
Untuk pengetahuan anda, keesokan paginya saya diberitahu bahawa isteri akan di induce iaitu akan diberikan sejenis ubat bagi membuka pangkal rahim, ubat ini apabila diberikan ianya akan memberikan kesan sakit di bahagian peranakan wanita. Sememangnya bukan mudah untuk melahirkan anak, jika bukaan rahim masih kecil ubat ini terpaksa diberikan oleh doktor.Setelah diberikan ubat tersebut pada pukul 6 pagi, dalam beberapa jam sahaja kesannya mula terasa, isteri tidak berasa selesa dan kurang selera makan.

Saya hanya menunggu di tempat menunggu yang disediakan. Bukan hanya saya sahaja yang menunggu tetapi ramai juga suami dan keluarga yang menanti isteri dan anak mereka bersalin. Apa yang dapat saya perhatikan nurse hanya akan memanggil nama isteri sekiranya isteri sudah selamat bersalin. Ramai juga keluarga yang menanti dengan penuh debar dan ada yang tidak kurang juga mundar-mandir dan bertanya banyak kali di kaunter pertanyaan sama ada isterinya sudah bersalin atau belum. Saya juga dapat melihat wajah ibu yang tidak boleh bersalin secara normal diusung keluar dari bilik bersalin untuk ke bilik bedah, kerana bilik bedah dan bilik bersalin adalah berhadapan diantara tempat menunggu pelawat.

Selepas asar,saya terus ke kaunter pertanyaan dan bertanya tentang perihal isteri saya, tetapi jawab nurse isteri saya sudah berada di dalam bilik bersalin dan masih dalam proses melahirkan anak.
Tepat jam 5.41 petang lahirlah zuriat kedua saya dan nurse menyerahkan anak kepada saya untuk diazan dan di iqamatkan. Untuk memegang anak yang kedua ini tidaklah kekok seperti anak yang pertama, terasa lega bila dapat memegang bayi dan mengetahui isteri dalam keadaan selamat.

Saya dibenarkan melawat isteri pada pukul 8 malam. Apabila ditanya tentang proses kelahiran dan jahitan. Beliau memberitahu jahitan kali ini tidaklah begitu sakit jika dibandingkan dengan bayi pertama kami.Cuma bayi kali ini terasa sakit untuk dilahirkan. Masakan tidak anak yang keluar kali ini seberat 3.6kg berbeza dengan sebelum ini 2.8kg sahaja.

Keesokan petangnya saya diberitahu isteri bahawa dia akan dibenarkan untuk pulang ke rumah. Setelah saya sampai ke hospital nurse menyerahkan borang untuk saya serahkan kepada kaunter pembayaran.Kos yang dikenakan untuk proses kelahiran adalah sebanyak RM60 sahaja.

Layanan yang diberikan oleh pihak hospital Pulau Pinang sungguh baik. Segala pertanyaan dan percakapan dalam pertuturan pun bagi saya amat memuaskan walaupun saya tahu ada dikalangan doktor, sister dan nurse begitu sibuk dan terpaksa melawan emosi dalam melayan kerenah ibu-ibu bersalin.
Saya ada juga berbual dengan nurse disitu, semasa mereka menyambut kelahiran bayi ada juga dikalangan mereka yang di tendang di kepala, dimaki dan dimarahi oleh ibu-ibu semasa bersalin. katanya mereka sudah lali dalam keadaan dan situasi tersebut.

Didalam entry ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Pulau Pinang kerana menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh dedikasi.

Kredit / Sumber :



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Pengalaman Isteri Bersalin Di Hospital Pulau Pinang...saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Hospital Pulau Pinang kerana menjalankan tanggungjawab. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top