Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Pembongkaran Penipuan Perniagaan Kongsi Makan Orang Ramai Di nasihatkan Jangan Terpedaya Dengan Penipuan Skim Ini


PEMBONGKARAN Penipuan ‪KongsiMakan

PEMBONGKARAN : KongsiMangsa ehhh KongsiMenipu... adoii asyik tersasul jer... ‪#‎KongsiMakan‬

Sekarang, mari kita kenali siapakah mereka didalam KongsiMakan ini, dan bagaimanakah konsep perniagaan putar belit alam, supaya orang tidak dapat melihat apa sebenarnya mereka.
Sila baca post mereka ini di sini, http://bit.ly/29gJQzq

Sudah baca ? bagus... sekarang kita next kepada isu seterusnya.
KongsiMakan Berhad, adalah gabung 4 buah syarikat biawak hidup yang hidup segan mati tidak mahu. Yang mana syarikat syarikat ini, mengeluarkan product product cap ayam yang tidak mendapat pengiktirafan baik dari KKM, mahu GMP.

Gabungan 4 syarikat cap ayam inilah yang menjadikan KongsiMakan. Yang mana modus-operandinya ialah kononnya menjual product, yang orang tidak tahu adalah product cap ayam keluaran 4 syarikat tersebut, contohnya Jus Rayyan. Yang dikeluarkan oleh Kumpulan Rayyan Niaga Bhd, yang mana pemilik syarikat ini adalah Dato Seri Razali Sapiei (Dato Seri palsu).
Ikan Buntal ini ehh Razali Sapiei ini juga adalah Boss Besar atau CEO / MD kepada KongsiMakan Berhad, untuk pengetahuan anda.

Didalam post mereka seperti link diatas sebelum nya, jika anda telah membacanya, mereka cuba mengatakan mereka bukan MLM, dengan mengatakan mereka tidak perlu lesen AJL (Agensi Jualan Langsung) dan mereka patuh kepada BNM. Malah mereka juga menyatakan, mereka bukan money game.

OK... mari kita kupas.

Mereka menyebut, mereka merupakan komuniti penyangak dengan melaksanakan "SISTEM MATRIK" terulung. Di sini sahaja sudah kantoi.

Tahukah anda, sistem matrik adalah sama seperti sistem binary didalam MLM, bezanya cuma sistem matrik ini mempunya force re-entry didalam sistemnya untuk mengekalkan rolling duit didalam sistem.

Sila lihat gambar ini : http://bit.ly/29pTj8R

Mereka kata mereka bukan MLM... nampak benor penipunya, statement pun bercanggah. Kalau dah guna sistem Matrik tu, MLM lah bodoh piang oiii....

Didalam Akta AJL - Akta 500. Menjual barangan seperti cara mereka menjual, rumah ke rumah, orang perseorangan, mempunyai level level pemasaran, mereka memerlukan lesen AJL.
Tetapi mereka tiada...

Mereka patuh kepada BNM ? adoi... mereka Syarikat Berhad, yg kononnya hendak masuk IPO... mereka patuh kah kepada guideline SC (Security Commisioner) ? Dok gebang orang kata nak masuk IPO, boleh kami tengok "Master Prospectus" untuk tawaran awal ?
Memang tak ada lah, kaki gebang jer...

Mereka kata mereka ada 2 ekor ustaz celup tepung sebagai pemantau syariah compliance mereka.
Adoii... nak menipu pun agak agak lah. 2 ekor musang berjanggut kau pakaikan songkok sarban atau ketayap, kau kata ustaz memang lah.

Adakah 2 ekor ustaz itu CERTIFIED untuk Syariah Compliance ? kelayakkan apakah yang membuatkan ustaz itu CERTIFIED ?

Tak ada ? aku pun boleh amik kambing 10 ekor pakaikan songkok... haa aku di pantau oleh 10 ekor ustaz celup tepung yg tidak certified untuk syariah compliance.

Bak kata member saya, barang yg dijual melalui cara MLM ni, melampau sungguh mahalnya. Sebab apa ? sebab nak bayar sistem level, kaki sotong, pairing, binary, matrik nya...

Dalam islam sendiri, mengambil untung melampau juga adalah "Haram", kerana ianya penganiayaan.
Boleh tanya Ustaz Lariba ke atau mana mana certified syariah compliance committee members. Betul ke tak saya cakap ni.

Jika Ada Income Penajaan
Barangan Low Quality
Jual Lebih Mahal
Haram & Berdosa
Baca ini, MLM menurut syariah : http://bit.ly/1io6h67
-
Saya minta anda semua menonton video ini : http://bit.ly/29kktvH
Pada video itu, ianya penerangan mengenai konsep, fungsi, modus-operandi, pelan pemasaran syarikat KongsiMakan ini.

Jika anda buat kiraan betul betul, jika anda telitikan betul betul. Anda akan dapati ianya rolling money game.

1.) Ada force re-entry sebanyak RM 500 kononnya duit tabung untuk saham IPO nanti.
2.) 30% untung kepada syarikat. 70% kepada pelebur.
3.) Tolak lagi RM 600 untuk kononnya membeli barang.
4.) Tolak lagi 6% GST
5.) Kontrak selama 12 bulan sahaja, kena renew selepas itu (bayar lagi).
6.) Dimana agreement nya ? termasuk agreement atau bond pemilikkan saham IPO (tawaran awal) dari kononnya duit tabung ? mana ?
7.) Mempunyai "auto-placement" downline dibawah anda. Ini paling ngeri, boleh dimanipulate. Dia letak orang dia jer lah.
8.) Bulan ke-5 sudah kena beli barang secara manual.

Saya kurang pasti sama ada boleh membuka atau masuk lebih dari 1 account atau tidak. Jika YA, ianya 100% pure ponzi skim.

Saya kurang pasti, betul ke tak perlu cari downline ? Sebab mereka ada sistem "Correspondent", komisyen untuk correspondent yang mencari mangsa ini ialah RM 500 dari RM 1700. Lebih kurang 30% komisyen... WOW !!! Sungguh dermawan syarikat ini, bila nak pancing undi memang lah dermawan, lepas tu jadi sawan.

Sekarang saya mahu anda menonton video ini :
http://bit.ly/29GZMIu
Ianya mengenai force re-entry yang kononnya disimpan sebagai tabung syarikat untuk modal ke IPO.
Ada ke agreement mengenai ini ? ada ke master prospectus untuk tujuan ini ? ke hanya air liur dan sistem gebang sahaja ?

Inilah cara mereka untuk menarik minat tamak manusia.
Padahal siapa yang mempunyai ilmu, bila sebut sahaja "force re-entry" (masukkan secara paksa), automatik kita tahu ianya matrik sistem ponzi.

Untuk pengetahuan anda semua, si buntal Razali Sapiei Big Boss kongsimakan itu, adalah penipu yang sama ketika membuat skim yang sama seperti kongsimakan ini, di kenali sebagai RS CAPITAL HOLDINGS BERHAD beberapa tahun dahulu. Semua pelebur peleburnya berputih mata, konon hendak masuk IPO lah, nanti semua boleh kaya lah bila harga saham naik. Gebang jer... Syarikat pun dah bungkus, sila baca di http://bit.ly/29d10yi (winding up / gulung tikar)

Kini si buntal tu buat company lain, rebranding kepada nama KongsiMakan. Hakikatnya modus operandinya sama sahaja dengan RS CAPITAL HOLDINGS BERHAD miliknya dahulu.
Ohh... RS CAPITAL HOLDINGS BERHAD juga tersenarai didalam senarai hitam BNM sebagai aktiviti tidak berlesen

Lihat di sini : http://bit.ly/29aMkLk (Nombor 81)

Anda juga boleh membaca kisah kisah si buntal ini di sini : http://bit.ly/29dOmvs
Dan anda boleh google nama Razali Sapiei ini sendiri, kalau tak keluar result tambah "Dato Seri Razali Sapiei" pada carian.

Dan kini, KongiMakan telah menjadi KongsiBala... kerana sudah tidak mampu membayar peleburnya... baca di sini : http://bit.ly/29szk6J

Kalau tidak rolling duit, mengharapkan orang baru masuk. Boleh sahaja bayar, tiada masalah. Bukannya bank mereka terbakar ke, negara mereka perang ke, tiada force majure crisis... apa masalah nak bayar ? kan ?

Masalah sebegini, umum mengetahui, tiada pelebur baru masuk, sistem tidak boleh rolling duit... basic money game.

Keh keh keh... mereka hendak kata apa sekarang ?

TERBUKTI Skim Penipu !!! Big Boss pun mempunya rekod yang sangat buruk, rekod penipu peringkat dewa No.1 tiptop. Tuan penasihat 25%. Dato dato yg lain dalam tu, Dato Nik lah Dato apa tu, semua tu Dato palsu... tiada rekod dalam website istiadat negara disini :

Disini : http://www.istiadat.gov.my/in…/component/semakanlantikanskp/

Selamat Hali Layeeee... jangan monyok monyok... boleh asah kapak masa cuti raya ni. Lepas raya boleh pergi cari si buntal dan dato dato kongsimakan ini untuk kongsibala.

Sambungan di :
1.) Documents berkaitan syarikat :
2.) Al kisah... taiyibbb... :
3.) Finale... :

4.) Bonus... :

Sumber: Group FB Ponzi Scheme Alert in Malaysia (https://www.facebook.com/groups/PonziSchemeMalaysia)


credit: http://fxsebenar.blogspot.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Pembongkaran Penipuan Perniagaan Kongsi Makan Orang Ramai Di nasihatkan Jangan Terpedaya Dengan Penipuan Skim Ini. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top