Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

najib janji kerajaan pimpinannya takkan abai penduduk luar bandar


KUALA LUMPUR 16 Okt. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak akan meminggirkan penduduk luar bandar walaupun peratusan populasi penduduk di kawasan tersebut semakin mengecil.

Najib berkata, kerajaan pimpinan beliau akan memastikan agenda pembangunan luar bandar tetap diteruskan bagi membolehkan keadaan ekonomi di luar bandar dan bandar seimbang.

“Kita akan pastikan penyampaian projek kerajaan dapat dirasai oleh semua masyarakat luar bandar.

“Setelah agenda membasmi kemiskinan sudah hampir selesai kita akan berusaha agar pendapatan luar bandar akan lebih tinggi selaras dengan kemajuan ekonomi negara ,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Desa Sejahtera 1Malaysia (ADS1M) Peringkat Kebangsaan 2015 di MAEPS di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- UTUSAN ONLINE








https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA najib janji kerajaan pimpinannya takkan abai penduduk luar bandar. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top