Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Mangsa Mati Di Tikam Bakal Adik Ipar Tak Sempat Timang Anak Sulung

Noriah Lah menunjukkan gambar suaminya Allahyarham Mohd. Shukri Husin ketika ditemuramah pemberita di rumahnya di Kampung Kok Keli hari ini. Suami beliau ditemui mati dengan enam tikaman oleh suspek yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau di tempat letak kereta pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (Maidam) pagi tadi. – Foto Bernama

TUMPAT – Hasrat seorang kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Mohd Shukri Hussin, 34, untuk menimang cahaya mata sulungnya tidak kesampaian apabila beliau maut ditikam bakal adik iparnya di Kuala Terengganu tempohari.

Isterinya Noriah Lah, 34, kini sarat mengandung dan dijangka bersalin bulan depan.

Ketika ditemui pemberita di rumah mentuanya di Kampung Kok Keli 2 di sini, Noriah berkata arwah suaminya adalah seorang yang baik hati dan amat sukakan kanak-kanak kerana belum mempunyai anak sendiri biarpun sudah empat tahun berkahwin.

Beliau berkata, beliau hanya mengetahui kejadian yang menimpa suaminya selepas seorang rakan menunjukkan gambar seorang lelaki dalam keadaan berdarah selepas dikatakan terbabit dalam pergaduhan.

“Saya yang melihat gambar tersebut melalui WhatsApp mendapati mangsa berdarah dan dipercayai sudah meninggal dunia itu rupa-rupanya adalah suami saya sendiri,” katanya.

Suaminya dilapor ditikam sebanyak enam kali di tempat letak kereta Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Terengganu (Maidam) pagi tadi.

“Walaupun sedih atas apa yang berlaku, namun saya reda kerana menganggap ia adalah ketentuan Ilahi,” kata Noriah.

Polis sedang memburu suspek kes itu yang berusia 29 tahun dan berasal dari Manir.

Kejadian bermula apabila mangsa dikatakan datang bersama keluarganya ke pejabat Maidam bagi menyemak status suspek yang mendakwa dia masih bujang untuk berkahwin dengan adik mangsa.

Setelah status sebenar suspek diketahui, berlaku pergaduhan antara suspek dengan Mohd Shukri hingga membawa kepada pembunuhan mangsa.

“Setahu saya, bakal suami adik ipar saya itu dikatakan sudah berkahwin dan mempunyai anak, tetapi adik ipar saya tidak mengetahui perkara ini,” katanya.

Jenazah Mohd Shukri dijangka tiba di kampungnya malam ini untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kok Keli. – Bernama



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Mangsa Mati Di Tikam Bakal Adik Ipar Tak Sempat Timang Anak Sulung. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top