Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ibu Muda Bersalin Dalam Restoran

Sungai Petani: Seorang ibu muda tidak menyangka kunjungannya ke restoran makanan segera Marrybrown di pusat beli belah Amanjaya, di sini, menjadi kenangan apabila terpaksa bersalin di dalam restoran itu, malam tadi.

Dalam kejadian 10.30 malam itu, Nurul Haslina Abdul Halim, 27, bersama suami, Mohd Lutfi Hussin, 32, dan anak lelaki mereka Mohd Aqhar, 1, sedang makan di restoran itu sebelum berasa sakit ketika ingin membasuh tangan.

Nurul Haslina berkata, ketika itu dia baru selesai makan dan mahu membasuh tangan namun ketika ingin bangun secara tiba-tiba dia berasa perutnya sakit dan air ketuban pecah lalu terus memaklumkan kepada suami.

"Saya kemudian duduk semula dan baring di atas kerusi panjang yang ada. Ketika itu saya merasa bayi sudah hampir keluar sebelum beberapa kakitangan restoran segera membantu saya. Beberapa minit kemudian saya merasa bayi sudah mula keluar.

"Pada masa sama seorang jururawat yang kebetulan melalui restoran itu turut membantu menenangkan saya kerana waktu itu bayi sudah keluar separuh sebelum kakitangan dan jururawat Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) tiba beberapa minit kemudian," katanya.

Nurul Haslina selamat melahirkan bayi perempuan seberat 2.5 kilogram.

Sementara itu, Pengurus Marrybrown, Sharizal Daud berkata, ketika kejadian itu, restoran terbabit sudah hampir tutup dan semua kakitangan sedang berkemas namun keluarga terbabit masih sedang makan.

"Bagaimanapun tiba-tiba seorang kakitangan saya datang memberitahu suami seorang pelanggan meminta menelefon ambulans kerana isterinya sakit ingin bersalin.

"Syukur wanita terbabit selamat melahirkan seorang bayi perempuan di dalam restoran itu dan ini kejadian kali pertama berlaku," katanya.- Metro










https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Ibu Muda Bersalin Dalam Restoran . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top