Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Ajaran Ustaz Melayu Yang Bertentangan Dengan Ajaran Nabi - Ustazah Nur Puteri Dayana

Ajaran nabi vs ajaran tok sheikh & melayu Kebingungan ahlul hawa wal bida'

1. Allah kata dia istiwa di atas Arsy tapi mereka kata Allah wujud tanpa bertempat dan Allah di mana2.



2. Nabi kata bacalah Al baqarah di rumah janganlah jadikan rumah seperti kuburan,mereka faham nabi suruh baca al quran atas kubur.

3. Nabi kata Allah turun ke langit dunia 1/3 dari malam tapi mereka kata bukan Allah yang turun tapi rahmat Allah.

4. Nabi kata ahli syurga boleh melihat Allah di dalam syurga tapi mereka kata kalau begitu Allah ni berjisim.

5. Abu Bakar kata nabi sudah wafat tapi mereka faham nabi masih hidup dan boleh meminta terus kepada nabi,maka jika begitu sama ajaran kristian sebab meminta kepada nabi isa yang belum lagi wafat.

6. Nabi ajar agar mintalah syurga firdaus tapi mereka kata minta syurga syirik.Mereka faham minta dengan orang mati tauhid.

7. Nabi ajar bila berlaku kematian jiran2 bawalah makanan dan bantuan untuk keluarga si mati tapi mereka faham keluarga si mati kena jamu makanan mula hari pertama, ketujuh sampailah hari 40.

8. Nabi ajar bila berlaku kematian ucapkan kalimah istirja iaitu nna Lillahi wa inna ilaihi raji'un tapi mereka faham nabi suruh ucap al fatihah.

9. Nabi mengingati hari lahirnya,hari dia menjadi rasul,dengan berpuasa pada hari isnin tapi mereka faham kena berarak,berqasidah pada 12 rabiulawal.

10. Allah kata Al Quran turun pada malam lailatulqadar tapi mereka faham 17 ramadhan sebagai malam lailatulqadar.

11. Dalam riwayat al bukhari kata nabi berhijrah pada waktu siang,tapi mereka ambil riwayat ibn ishaq nabi hijrah waktu malam baca yaasin kepada quraisy sampai terlena lalu nabi tabur pasir atas kepala quraisy.


12. Nabi suruh puasa pada hari asyura tapi mereka faham seperti syiah kena buat bubur asyura.

13. Nabi ajar cukur rambut bayi sampai habis bila aqiqah,tapi mereka faham gunting sedikit rambut kemudian letak dalam buah kelapa.

14. Nabi ajar azan dengan mula allahuakbar allahuakbar tapi mereka faham azan mula dengan selawat,istighfar,bismillah,tahmid.

15. Nabi ajar mula solat dengan takbir tapi mereka faham mula solat dengan surah an nas dan usolli.

16. Nabi ajar agar percepatkan hantar jenazah ke kubur tapi mereka faham kena baca al fatihah sambil iring jenazah.

17. Allah kata ar ruh ( malaikat jibril ) turun pada malam lailatulqadr tapi mereka faham ruh orang mati datang ke dunia lalu dipasang pelita takut ruh xtahu jalan pulang rumah.

18. Ayat di dalam Al Quran ada 6,236 tapi melayu faham ayat al quran ada 6666 ayat seolah2 ayat al quran telah hilang.

19. Nabi ajar baca al baqarah di dalam rumah,melayu faham booklet yaasin kena letak bawah bantal,air yaasin kena renjis di luar rumah sebagai pemagar.

20. Nabi ajar baca bismillah dan syaitan akan menjadi kecil seperti lalat,tapi melayu amal yang lagi susah ada bismillah 5,bismillah 20.

21. Sifat Allah unlimited dan dalam Al Quran ada 99,tapi melayu faham sifat Allah yang wajib hanya 20.

22. Hassan Saqqaf kata Imam Abu Hassan Asyaari beraqidah tajsim dan kafir tapi anak murid melayu dia ahlus sunnah ialah mereka yang beraqidah asyairah yang ikut imam abu hassan asyaari.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: agama

TERIMA KASIH SUDI BACA Ajaran Ustaz Melayu Yang Bertentangan Dengan Ajaran Nabi - Ustazah Nur Puteri Dayana. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top