Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Agong boleh pecat Najib Razak yang telah seleweng berbilion ringgit duit rakyat Malaysia - Peguam

Peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan menyatakan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menyingkir perdana menteri

Peguam, Haniff Katri Abdulla berkata, peruntukan itu sekali gus menafikan dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengatakan perkara itu sebaliknya

“Perlembagaan Persekutuan dengan dengan jelas menyatakan ‘kuasa melantik termasuk kuasa untuk menolak’.

Bila ada yang mempersoalkan perkara ini, jawapannya ada tertulis di dalam Perlembagaan

“Menerusi Perkara 30 (2) (a) menyatakan dalam melantik perdana menteri, Agong boleh bertindak menurut budi bicara.

Tetapi dalam soal ini ia tidak menyentuh kuasa memecat perdana menteri,” katanya dalam forum Kesetiaan kepada Raja, Keluhuran Perlembagaan, kelmarin

Baru-baru ini, Najib dalam satu kenyataan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah telah menjelaskan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Deklarasi Rakyat yang dibuat tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan

Selain itu, baginda juga bertitah bahawa baginda tidak boleh mencampuri usaha yang dilakukan Bersatu kerana sebarang tindakan seharusnya dibuat menerusi Parlimen atau pilihan raya

Dalam pada itu, Haniff turut menegaskan pihak-pihak tertentu tidak seharusnya mempolitikkan perlembagaan atau undang-undang negara

“Tindakan seperti ini hanya akan menghilangkan kedaulatan Perlembagaan dan undang-undang negara,” jelasnya

Sementara itu, bekas pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Aziz Bari berkata, Najib bukanlah individu yang tepat untuk mewakili pihak Yang di-Pertuan Agong mengenai pendirian baginda terhadap Deklarasi Rakyat

“Di kebanyakan negara yang mengamalkan raja berperlembagaan akan ada saluran lebih tepat untuk bercakap bagi pihak istana dan bukannya menerusi perdana menteri

“Apatah lagi dalam situasi ini yang melibatkan kedudukan perdana menteri itu sendiri. Jadi beliau (Najib) bukan individu yang tepat untuk berbuat demikian,” jelasnya.http://newshangat.blogspot.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Agong boleh pecat Najib Razak yang telah seleweng berbilion ringgit duit rakyat Malaysia - Peguam . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top