Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam 2017

Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam pada Januari 2017. Seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak dalam bajet 2017, kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan. 


Menerusi makluman rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pembayaran imbuhan tersebut akan dibuat pada awal bulan Januari 2017 bagi menghargai jasa seluruh kakitangan awam di Malaysia

Berikut diantara pengumuman PM mengenai pembayaran bayaran khas kakitangan awam/ kerajaan 2017.

    "Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik, sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan"
Berikut adalah jumlah dan tarikh bayaran bonus kakitangan awam atau pemberian khas kakitangan kerajaan seperti diumumkan dalam Bajet 2017 yang diumumkan pada Jumaat, 21 Oktober 2016. Pemberian khas kepada Kakitangan Awam melibatkan pembayaran RM500 kepada seramai 1.6 juta kakitangan awam dan bayaran RM250 kepada 1 juta pesara.

Tarikh Pembayaran :
Awal Januari 2017 (Tahun lepas pada 4 Januari 2016 - Isnin)

Jumlah Bayaran Khas
Kakitangan awam : RM500
Pesara : RM250

Semoga dengan pembayaran Bayaran Khas Kakitangan Awam 2017 ini mampu meningkatkan tahap kualiti dan produktiviti sektor perkhidmatan awam..terviral.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA Tarikh rasmi pembayaran bonus Kakitangan atau Penjawat Awam 2017. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top