Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Gelar Zaharin Barua Dan Anak Haram, Ali Tinju Mahu Sepak Muka Zaharin Apabila Pulang Bercuti Dari Luar Negara

KUALA LUMPUR – “Kami takkan berdiam diri. Bila dia balik ke sini, kami akan sepak muka dia,”kata Presiden Gerakan Baju Merah, Mohd Ali Baharom atau Ali Tinju terhadap aktivis politik, Zaharin Mohd Yassin.


Beliau yang diminta mengulas kata-kata kesat Zaharin yang dihamburkan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam sebuah video yang dimuatnaik di laman sosial Facebook Zaharin, Rabu lalu berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri dan akan bertindak menunggu kepulangan Zaharin yang didakwa sedang bercuti di luar negara.

“Kami ahli UMNO rasa amat terhina dan tercabar apabila ‘barua’, ‘anak haram’ (Zaharin) ini sesuka hati menghina Perdana Menteri.“‘Anak haram’ ini hanya berani bercakap di luar negara. Tak nak pula bercakap macam ni bila berada dalam negara. Adakah dia dah lupa dengan pertolongan Presiden Umno kepadanya sebelum ini?

“Hey Zaharin! kau tu Ketua Umno Cawangan Bandar Tun Razak. Kau tu ahli UMNO begini kau layan Presiden yang selama ini membantu kau? Zaharin ini memang ‘celaka’! selama ini dia (Zaharin) hidup senang dalam UMNO. Kau fikir dulu sebelum kau bercakap,”katanya dihubungi SuaraTV sebentar tadi.Sehubungan itu, beliau berkata, Zaharin sebagai ahli parti harus mempertahankan maruah presiden bukan memijak sewenang-wenangnya.

“Kalau macam ni kau tak payah paksa parti pecat kau, kau sendiri keluarlah dari UMNO. Di saat Presiden parti bekerja keras, siang malam untuk negara dan hari ini membentang bajet, kau sedap-sedap butohkan Najib. Apa yang kau buat ini adalah perbuatan yang tak boleh dimaafkan sama sekali,”katanya.

Dalam pada itu, Ali turut mendakwa Zaharin seorang yang suka menjual maklumat kepada pembangkang. Mengambil duit dan membesarkan anak dengan wang haram hasil penipuannya dalam parti.

Sebelum itu, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos menyifatkan aktivis politik, Zaharin Mohd Yassin seperti binatang yang sedang lapar.Terdahulu, Menerusi video berdurasi 15 minit itu, Zaharin menggunakan kata-kata kesat menyerang Perdana Menteri.

 Zaharin yang juga merupakan ketua Umno Cawangan di Bandar Tun Razak itu turut menyifatkan ahli Puteri Umno sebagai GRO yang tidak mempunyai maruah kerana mengkritik statusnya di laman Facebook. – SuaraTV



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: politik

TERIMA KASIH SUDI BACA Gelar Zaharin Barua Dan Anak Haram, Ali Tinju Mahu Sepak Muka Zaharin Apabila Pulang Bercuti Dari Luar Negara. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top