Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Kerana Ingin Hidup Bebas Dan Suka Sosial, Datin Tuntut Cerai Namun Selepas 6 Bulan Sesuatu Telah Berlaku



gambar Hiasan
Petang itu, Maria resah semacam nak habiskan kelas pilates. Selalunya dia ada saja berlegar nak bersembang dengan Crystal, owner studio pilates kami atau tak berkelip mata minum cold pressed juice dengan trainer handsome kami, Jay. Boleh dikatakan semua datang bukan untuk bersenam sangat tetapi nak menjamu mata.

“I have to go now. Nak jumpa Datin Fina. Baru tadi I tengok Whatsapp dia ada something urgent!” Bergegas Maria ke lot parkir depan studio dan terus pecut keluar dengan Mini Coopernya ke rumah Datin Fina di pinggir Kuala Lumpur kira-kira setengah jam dari Sri Hartamas.

Walaupun Datin X dengar Maria mengeluh mahu drive dalam waktu puncak petang tu, tapi demi Datin Fina dia redah juga kesibukan kota. Datin Fina pun sanggup tunggu kawannya Maria yang seorang ni, sebab Maria sering menjadi rujukan kami bab perundangan, kes cerai berai hinggalah ke saman menyaman. Pendek kata apa saja kes serah saja pada Datin Maria.

“Maria, you kena tolong I cepatkan settle my case. My husband dah setuju. I’m gonna be a free woman soon!” nada Fina yang berlatar kegembiraan menyapa Maria sebaik tiba di porch kediaman semi detached eksklusif itu. Ya, memang lama Fina memendam rasa. Sejak bergelar Datin dua tahun lalu, dia sudah dapat rasakan dirinya seolah-olah terperangkap dalam situasi suami yang harus dia layari tanpa rela. Walau kini berstatus Datin, Fina rimas tak dapat lagi nak bersosial seperti dulu.

Yalah, Datin Fina perlu selalu teman Datuk Amri ke majlis rasmi sejak suaminya berjinak-jinak dalam politik dan terpaksa berulang alik ke kampung di Utara untuk melobi diri. Maklum saja suaminya antara orang harapan parti. Kerana itu dia dah tak ada masa nak ke fashion week, launch events atau high tea lagi. Lebih mengecewakan kerana Fina dah tak sama status dengan geng sosialitnya sebab mereka semua single. Semua tiada lagi ikatan dengan figura bergelar suami.

Geng sosialit inilah rakan sekolah Menengah Fina dulu. Mereka sekepala, minat benda yang sama dan fahami isi hati segala. Maria dah 10 tahun menjanda, Winny pula serik nak berlaki sejak high school sweetheart sedut semua harta bapanya. Amanda sedang lalui proses untuk dapatkan semula anak-anak dari bekas suami, Sue pula wanita bekerjaya yang tak pernah berkahwin tetapi bercinta dengan VIP on and off, which works for her kerana tiada komitmen. Yang masih berkahwin pun Tina. Terapi itu pun serupa tiada suami sebab ada dua lagi isteri tua yang perlu perhatian Tan Sri. Myn dan Dura memang tak dapat dipisahkan dan cukup bahagia bersama walaupun status mereka buat semua rasa tak selesa.

Ya, Fina rimas dengan komitmen. Dua anaknya masih remaja namun, dia tahu mereka dapat terima sekiranya dia dan Datuk Amri tidak tinggal sebumbung lagi. “They will be alright. I will be alright.” Itu mantra Fina sejak nekad mahu minta cerai dari suami yang sudah 18 tahun bina mahligai bersama. Tiada perselisihan, tiada kekurangan. Semuanya cukup sepanjang perkahwinan mereka. Amri yang bertatih menaiki tangga korporat cukup supportive kala Fina membina kerjaya dalam dunia banking. Dan cukup gembira bila isteri mahu berhenti kerja untuk beri tumpuan pada anak-anak yang sedang membesar tidak berapa lama dulu. Sejak tidak bekerjalah dan hanya mulakan bisnes aksesori kecil-kecilan, Fina kembali bergaul dengan rakan sekolah yang ditemui selepas reunion itu. Rupanya masing-masing sedang melalui fasa transisi kehidupan.

Fina tak keruan melihat kawan-kawannya di Instagram asyik berparti nikmati fasa hidup yang sebelum ini dibelenggu komitmen suami dan keluarga. Long weekends di Bali atau Singapura sudah menjadi rutin mereka. Atau hadir ke beberapa acara sosial dan ini membuat Fina rasa ketinggalan dan tidak exciting lagi.

Kalau dapat lepak bersama pun Fina sering perlu berundur awal dan bahan sembang dia dengan mereka pun bukan lagi dari genre yang sama. Semua tidak berkisah lagi fasal suami tetapi hot new hunks atau anak ikan untuk diajak hang out. Sesi kopi dah jadi perancangan nak bercuti lagi dan outfit trendy yang Fina dah jarang sarung sebab selalu play safe bertandang ke acara formal dan konservatif dengan baju kurung sentiasa.

“Memang bebas bila dah tak ada suami nak jaga itu ini. Senang sikit nak ikut the girls travels and go out bila ada event.” Ujar Fina yang tak kisah tak bergelar Datin lagi. Merdeka dari komitmen dan dapat layari hidup sebagai wanita single adalah lebih memuaskan. Anak-anak dia dan suami bergilir jaga, jadi tak rasa bersalah. Anak bujangnya yang kini di kolej rapat dengan ayah dan anak gadis berusia 14 tahun juga tidak begitu kisah tinggal berasingan kerana ramai kawannya juga berdepan situasi sama.

Genap enam bulan selepas penceraian mereka, Fina terima berita dari bekas jirannya yang dijemput ke majlis perkahwinan Datuk Amri dengan seorang gadis jelita. Kenduri di Raub itu khabarnya meriah dan turut dihadiri Menteri dan VIP Pahang. Lebih mengejutkan apabila Datuk Amri disebut-sebut untuk menjadi orang kuat parti negeri dan projek besar dengan kerajaan di beberapa negeri juga makin hebat.

Fina hanya dengar cerita bekas suami makin hebat melakar empayar dan anak-anak happy ada mummy muda yang pandai memasak segala macam menu yang sebelum ini Fina tak sanggup nak cuba. Datin X pun pernah terserempak Fina yang kini single, tapi tak berseri anggun seperti dulu.

Status sosialit Fina pula suam-suam kuku saja. Jemputan ke event tak semeriah sebelumnya sebab sosialit muda dan barisan artis yang kini jadi perhatian media.glam.my/



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Kerana Ingin Hidup Bebas Dan Suka Sosial, Datin Tuntut Cerai Namun Selepas 6 Bulan Sesuatu Telah Berlaku . TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top