Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

isu gelaran "Dr" Azizan Osman jadi terviral. Ada yang masih menyokong dan ada juga yang mempersoal kenapa menipu gelaran "Dr"


 Sejak minggu lepas isu gelaran "Dr" Azizan Osman jadi terviral. Ada yang masih menyokong dan ada juga yang mempersoal kenapa menipu gelaran "Dr". Selain UM, dua buah universiti juga menafikan gelaran kepada DAO. Kami kongsikan sedikit pandangan dari FB Tan Sri Khairul Hakim


"Tuan-tuan team DAO sebenarnya dah salah faham... Orang ramai bising bila UM kantoikan 'kedoktoran' sifu anda tu bukan sebab dia ada PhD ke takde... Memang, kita sendiri tau dia banyak tolong orang untuk dapatkan 'turning point' dalam hidup dan perniagaan. Kita tau dia pandai bagi ceramah-ceramah, tips-tips, nasihat-nasihat kewangan dan perniagaan. Itu kita semua tahu.

Kita pun tahu, gelaran 'DR' itu tak boleh bawak mati, sama di sisi tuhan, tak bawa kesan dan sebagainya. Kita tahu.. Tak perlulah gunakan agama dalam hal ni. Apa yang sifu tuan-tuan tu buat untuk naikkan semangat tuan-tuan semua tu memang power dan outstanding. Kalau tidak, takkan tiap kali ada talk dia mesti full house kan?

Tapi tuan-tuan, cuba bagi satu je jawapan. Apa tujuan dia claim dia ada PhD ni tuan-tuan? Apa tujuan dia?

Tuan-tuan, kalau sifu tuan-tuan nak bagi talk, dia boleh bagi talk.. Kalau sifu tuan-tuan nak bagi ceramah, dia boleh bagi ceramah.. Kalau sifu tuan-tuan nak bagi apa pun, boleh bagi! Tapi buat apa dia tipu kita semua dengan PhD dia? Dia boleh je bagi talk dengan diploma.. Dengan degree.. Even dengan SPM pun boleh. Ya, 'DR' tu tak penting. Tapi kenapa susah-susah nak menipu ada PhD? Tak penting kot...

Iyalah, kita tahu, jauh di sudut hati tuan-tuan, tuan-tuan sebenarnya pun malu dengan apa yang mentor tuan-tuan buat ni. Cuma sebab tuan-tuan dah terlanjur post segala 'Mutiara Kata' dia, dah berdegar-degar dengan kata-kata dan semangat dia, tuan-tuan kena cover malu jugak. Tapi tuan-tuan... Tuan-tuan kena lah ingat satu benda...

Dekat luar sana, orang bertungkus lumus untuk dapatkan PhD tuan-tuan.... Orang tak tido malam untuk dapatkan PhD tuan-tuan. Sesetengahnya kena travel, kena menyelam, kena masuk hutan, kena terbang, kena berpanas, berhujan nak buat kajian demi segulung ijazah doktor falsafah yang sifu tuan-tuan claim dengan air liur je..

Tuan-tuan, bisnes tuan-tuan penting, tapi kita hidup ni kenalah hormat orang lain.. Kalau PhD ni boleh dibuat main-main, boleh dibodoh-bodohkan dan tuan-tuan pun jenis sokong membuta tuli macam ni, ke mana nilai hormat tuan-tuan terhadap apa yang kita namakan 'ILMU'.

Ya, orang yang ada PhD pun belum tentu boleh buat apa yang sifu tuan-tuan buat.. Orang yang ada PhD pun belum tentu mampu lahirkan jutawan-jutawan hebat.. Tapi ingatlah tuan-tuan, bukan semua orang hebat mampu buat apa yang dinamakan JUJUR DAN BERTANGGUNGJAWAB. Macam yang sifu tuan-tuan buat sekarang ni.. Mengakulah, sifu tuan-tuan buat salah dan perlu buat kenyataan maaf.

Sekian dari wakil #TeamUM walaupun study kat Sintok jeeeee...."http://www.terviral.com





https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA isu gelaran "Dr" Azizan Osman jadi terviral. Ada yang masih menyokong dan ada juga yang mempersoal kenapa menipu gelaran "Dr". TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top