Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

gadis nyaris jadi mangsa nafsu syaitan kerana kenali jantan miang tersebut di whatsapp




Johor Bahru: Seorang lelaki berusia 23 tahun ditahan manakala rakannya sedang diburu kerana disyaki terbabit mencabul pelajar perempuan tingkatan tiga yang baru dikenalinya melalui WhatsApp, di Gelang Patah, dekat Iskandar Puteri, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, dalam tangkapan 3.15 petang itu, telefon bimbit milik suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.

Katanya, kejadian itu terbongkar apabila bapa pelajar itu membuat laporan polis di sini, petang Ahad, selepas menyedari mangsa tiada di rumah sejak malam Sabtu.

Menurutnya, dalam kenyataan di sini semalam, dalam laporan itu, bapa mangsa turut memberitahu ada menerima maklumat mengenai anaknya dikurung di sebuah rumah.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh daripada rakan anaknya dan mangsa turut menghantar lokasi rumah berkenaan menerusi WhatsApp.

"Ketika berusaha mengesan lokasi mangsa dikurung, polis dimaklumkan mangsa berjaya diselamatkan kakaknya di tepi jalan di Taman Nusantara," kata Noor Hashim.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang berusia 15 tahun keluar dari rumah keluarganya di Kampung Ulu Pulai di sini, tanpa disedari anggota keluarganya, mengikut dua kenalan lelaki yang baru dikenali selama dua hari melalui WhatsApp.

“Ketika bertemu mereka (suspek), mangsa dibawa makan di sebuah restoran di Bukit Indah sebelum dibawa ke rumah suspek di Taman Nusantara, Gelang Patah dan di situlah, kedua-dua suspek meraba dan mencium mangsa secara bergilir-gilir," kata Noor Hashim.

Menurut beliau, mangsa cuba melawan namun ditampar suspek dan mereka juga didakwa cuba melakukan seks dengan mangsa namun tidak berbuat demikian apabila mendapati pelajar itu datang bulan.

“Ketika kedua-dua suspek berada di ruang tamu, mangsa mengambil kesempatan menghubungi rakannya meminta bantuan dengan menghantar lokasi rumah itu.

“Mangsa kemudian merayu agar dia dihantar pulang sebelum ditinggalkan di tepi jalan dan diselamatkan kakaknya," katanya.

Noor Hashim berkata kes disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan menasihatkan ibu bapa memantau pergerakan anak-anak di media sosial.
http://www.hmetro.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: semasa

TERIMA KASIH SUDI BACA gadis nyaris jadi mangsa nafsu syaitan kerana kenali jantan miang tersebut di whatsapp. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top