Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

DUNIA ARTIS-pelakon lelaki baru meningkat naik terpaksa jalani hukuman penjara dan gantung sampai mati gara-gara ganja


Pelakon Aidil Aziz berdepan hukuman mati di tali gantung atas dakwaan mengedar dadah


Pelakon Aidil Aziz dan dua rakannya berdepan hukuman mati di tali gantung selepas didakwa atas pertuduhan mengedar dadah jenis ganja seberat hampir 500 gram dua minggu lalu.

Pelakon Aidil Aziz berdepan hukuman mati di tali gantung atas dakwaan mengedar dadah


Aidil atau nama sebenarnya Mohd. Aidil Abdul Aziz, 28, dan dua rakan iaitu Omar Sayeed Ghulam Mohammad, 36, dan R. Guevara Cortez, 33, hanya meng­angguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin di Mahkamah Majistret di sini semalam.

Omar Sayeed merupakan anak kepada seorang Datuk Seri manakala Guevara merupakan rakyat Filipina.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada ketiga-tiga tertuduh berkenaan.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga tertuduh secara bersama didapati mengedar dadah berbahaya iaitu ganja dengan anggaran seberat 465.61 gram di sebuah rumah banglo beralamat di No. 1 Jalan Ampang Ulu di sini pada pukul 12.40 te­ngah hari, 24 September lalu.

Bagi kesalahan itu, kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.


http://thetrendingnow.blogspot.com



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA DUNIA ARTIS-pelakon lelaki baru meningkat naik terpaksa jalani hukuman penjara dan gantung sampai mati gara-gara ganja. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top