Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

AWAS--program Kerja Sambilan Di Rumah yang anda sertai itu adalah suatu penipuan atau scam

Dua hari lepas rakan saya ada bertanyakan kepada saya akan satu Kerja Sambilan Di Rumah yang dikatakan menarik. Beliau berikan laman FB tersebut yang mewar warkan akan perkara tersebut. Beliau minta pandangan saya. MAAF, saya sendiri pun kurang ariff di dalam hal tersebut. Kerja sambilan tersebut memerlukan kita membayar RM50 sebelum boleh diterima bekerja. Kerja tersebut adalah menyuruh kita untuk memasuki risalah kertas promosi bisnes produk ke dalam sampul surat. Dan selepas itu dihantar kepada pelanggan yang lain. Secara mudahnya, anggapan tersebut adalah bayar RM50, dapat barang tugasan kerja. Mulakan kerja masukkan risalah dalam sampul surat. Dan kemudian hantar kepada alamat pelanggan. Dan kemudian kita akan menerima gaji (upah kerja). Secara asasnya begitulah prosesnya. TETAPI?

Malang tidak berbau. Apabila rakan telah membayar RM50 pada 2 hari yang lepas. Beliau telah menerima sampul surat tersebut dengan bahan bahan kerja. Apabila beliau membaca penerangan kerja tersebut, beliau telah dapat merasakan yang program Kerja Sambilan Di Rumah yang beliau sertai itu adalah suatu penipuan atau scam. Tiada kerja yang perlu dilakukan sebenarnya. Yang ada, adalah PENGULANGAN TEKNIK memikat orang lain yang mahukan Kerja Sambilan Di Rumah dengan mendapat pendapatan melalui cara meminta RM50 yang di masukkan ke dalam akaun kita pula. Ini menipu namanya.



Roy Az to MAll 1 MALAYSIA

Siapa nak buat kerja part time atau full time..??
Lokasi : Rumah sendiri
Syarikat : Syarikat Sdn Bhd bekerjasama dengan syarikat Air Asia
Gaji : 3 kali sebulan 11hb, 21hb, 31hb.
Berminat? Add fb saya dahulu

kemudian Whatsapp sye tros
0133947663

Pm takan dilayan
*Tawaran adalah terhad, siapa cepat dia dapat



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: informasi

TERIMA KASIH SUDI BACA AWAS--program Kerja Sambilan Di Rumah yang anda sertai itu adalah suatu penipuan atau scam. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top