Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Tahukah anda bahawa mereka yang selalu melihat porno mempunyai ketagihan yang sama seperti orang yang menghisap dadah?



    “ pornografi menjanjikan keseronokan dan kepuasan, tetapi apa yang penggemar porno dapat adalah ketagihan. ”- Norman Doidge, MD, The Brain That Changes Itself.

Kajian terhadap otak mendapati punca ketagihan bukan sekadar unsur luar yang dimasukkan secara fizikal, tetapi terdapat tindak balas lain yang menyebabkan ketagihan.

Sudah tentu arak untuk diminum dan rokok untuk dihisap tetapi apabila alkohol dan asap masuk ke dalam badan , ia akan meransang(stimulate) otak untuk menghasilkan hormon dopamine dalam jumlah yang banyak .

Apa itu hormon dopamine

Dopamine mempunyai banyak fungsi, salah satu fungsinya adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok, ghairah dan motivasi. Perasaan ini membuatkan kita lebih fokus pada objek yang meransang dopamine tersebut tanpa memperdulikan masalah dan hal-hal lain.

Situasi ini membuatkan kita lebih tenang dan bebas daripada masalah-masalah yang serabut di minda.
Tetapi penghasilan dopamine dalan jumlah yang banyak tanpa mekanisma yang normal(natural) akan menyebabkan ketagihan. Dan inilah apa yang dadah, alcohol dan pornografi lakukan terhadap otak kita.

Bagaimana Otak Kita Berkerja

Otak kita dilengkapi dengan satu laluan yang dipanggil “reward pathway”. Reward pathway berfungsi merangsang otak untuk melakukan sesuatu untuk terus hidup( seperti makan) atau melahirkan kehidupan(seks) .

Pathway ini bertindak untuk memberikan ganjaran(reward) dengan cara merembeskan dopamine ke dalam otak. Dan seterusnya dopamine akan menyebabkan si pelaku merasa tenang, gembira, ghairah dan termotivasi.

Sekali pandang, keadaan ini baik untuk meransang kita melakukan sesuatu perkara tetapi tidak bermakna ‘sesuatu’ yang kita lakukan itu baik untuk kita.

Contohnya, otak kita akan menghasilkan kadar dopamine yang tinggi apabila kita makan kek coklat yang sedap berbanding makan roti gandum. Kenapa? Kerana 3,000 tahun yang lalu, untuk mendapatkan makanan berkalori tinggi sangat susah untuk ditemui, jadi apabila nenek moyang kita dapat peluang untuk makan kek yang berkalori tinggi, sudah pasti mereka akan makan kesemuanya tambahan pulak kek itu sedap.

Tetapi hari ini kek yang berkalori tinggi mudah dijumpa di mana-mana dan rasanya pula pelbagai. Andai kata setiap kali kita mempunyai kesempatan untuk beli dan makan sehingga kenyang dalam keadaan berulang-ulang kali, pasti kita berpotensi menghidap serangan jantung, pertambahan berat badan dan masalah- masalah kesihatan yang lain.

Porno secara asasnya adalah junkfood kepada seks. Apabila seseorang itu menonton porno, otaknya akan meransang untuk mencari peluang melakukan seks dan dalam masa yang sama dopamine akan dirembeskan secara tidak normal dalam kadar yang tinggi untuk memenuhi otak.

Dan tidak seperti hubungan seks yang sihat dengan orang yang sebenar, pornografi hanya menawarkan imej hyper-sexual yang tiada penghujung. Keadaan ini menyebabkan otak di’banjiri’ dengan dopamine yang sangat tinggi setiap kali bertukar dari satu imej ke imej yang lain.

Sekali dengar, memenuhkan otak dengan hormon yang membuatkan kita gembira seolah-olah tidak ada salahnya, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Seperti contoh junk-food tadi, adakah cukup sekadar sedap dan enak? Bagaimana kesannya daripada sudut kesihatan?

Badan Memerlukan Pornografi

Masalah berpunca bila otak bertindak balas terhadap kehadiran dopamine yang tinggi. Disebabkan jumlah dopamine yang meningkat secara mendadak, Otak akan memberi isyarat(signal) untuk menutup tapak(receptor) dopamine

Untuk mudah faham, Dopamine Receptor ini seumpama tapak pendaratan bagi dopamine. Dopamine seperti helicopter yang didalamnya ada bekalan, ia perlu mendarat terlebih dahulu baru fungsinya dapat digunakan.

Jadi dalam hal ini untuk memastikan penggunaan dopamine hanya pada tahap normal sahaja, otak akan bertindak memberi isyarat untuk menutup dopamine receptor bilamana menerima kehadiran dopamine yang terlalu tinggi.
Kesannya, porno yang asalnya memberi kesan yang mengujakan menyebabkan penonton porno merasa biasa. Mereka tidak cukup teransang dengan pornografi yang biasa. Penggemar porno perlu mendapatkan pornogarfi yang lebih eksotik dan ekstrem.

Ini bertujuan meransang penghasilan dopamine yang lebih tinggi bagi mengekalkan perasaan keterujaan ketika menonton pornografi.
Akhirnya pengguna tidak akan berasa normal tanpa dopamine yang tinggi kerana otak mereka sudah terbiasa dengan kadar dopamine yang tinggi.

Perkara kecil yang boleh membuat mereka gembira seperti berjumpa rakan ataupun bermain sukan yang diminati, tidak lengkap tanpa lebihan dopamin yang datangnya daripada porno, jadi mereka akan rasa tidak selesa, cemas, murung, dan stress sehinggalah mereka kembali menonton porno.

Dalam bahasa yang mudah, sistem tubuh badan mereka tidak lagi normal seperti manusia biasa yang tidak terlibat dengan porno.

Ketagihan Bermula

Situasi ini bertambah buruk, apabila Dopamine bergerak di dalam otak dengan jalannya yang tersendiri. Jalan ini dikenali sebagai iFosB.

Setiap kali dopamine dihasilkan, jalan baru iFosB akan terbentuk. iFosB berfungsi mengingatkan kita apa tindakan yang kita buat menyebakan dopamine terhasil dan seterusnya kita akan menjadi gembira dan seronok.

Contohnya satu hari kita jumpa yang dijual ditepi jalan. Asalnya kita mahu mencubanya sahaja, tetapi disebabkan sedap dan secara tidak langsung dopamine terhasil dan terbentuklah iFosB.

Maka iFosB ini akan mengingatkan kita diwaktu yang lain, sekiranya nak makan nasi lemak sedap sila pergi beli kat nasi lemak ayah hensem tadi.
Inilah aturan yang akan berlaku dalam otak kita sekiranya berlaku pengambilan dadah, alcohol atau apa-apa sahaja yang menyebabkan ketagihan.

Tidak terkecuali bagi pornografi. Malah lebih berbahaya kerana bahan porno murah malah terlalu banyak yang percuma dan mudah untuk didapati.
Semakin banyak menonton pornografi, semakin banyak jalan/laluan iFosB terhasil. Penghasilan iFosB yang banyak hasil daripada menonton pornografi menyebabkan mereka lebih mudah untuk menonton pornografi walaupun mereka tidak mahu dan tahu kesan buruk pornografi. Kerana mereka sudah berada dalam ketagihan.

Dan risiko bagi golongan remaja lebih tinggi kerana reward pathway mereka bertindak balas 2-4 kali ganda lebih hebat berbanding orang dewasa.

Ini bermakna dopamine yang dihasilkan lebih banyak. iFosB juga turut terhasil dalam jumlah yang banyak dan akhirnya mereka akan berada dalam ketagihan yang kronik.

Bukan Sesuatu Yang Taboo, Tapi Perlu Tahu

Pornografi. Bukan lagi menjadi satu perkara yang malu untuk kita cakap dan bincangkan tetapi perkara yang kita sepatutnya takut dan bimbang. Kerana kesan pornografi tidak nampak pada luaran, tetapi dalaman.

Dalam artikel yang akan datang, saya akan kongsikan statistik penonton pornografi dan kes-kes yang berlaku disebabkan pornografi.

Sumber

Doidge, N. (2007). The Brain That Changes Itself. New York: Penguin Books,
107.

Holden, C. (2001). Behavioral Addictions: Do They Exist? Science 294: 980.

Hilton, D. L. (2013). Pornography Addiction—A Supranormal Stimulus
Considered in the Context of Neuroplasticity. Socioaffective Neuroscience & Psychology
3:20767

Hilton, D. L., and Watts, C. (2011). Pornography Addiction: A Neuroscience
Perspective.

Jika anda rasa topik ini bermanfaat, boleh like page kami Root Of Science



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kisah

TERIMA KASIH SUDI BACA Tahukah anda bahawa mereka yang selalu melihat porno mempunyai ketagihan yang sama seperti orang yang menghisap dadah?. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top