Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

TAHNIAH -PASANGAN BARU BERKAHWIN KINI HAMIL 7 MINGGU

Kuala Lumpur: Pelakon popular Amar Baharin mengesahkan isterinya yang juga pelakon Amyra Rosli hamil tujuh minggu.

Amar, 32, berkata perkara itu disahkan doktor selepas Amyra dimasukkan ke sebuah hospital di ibu negara semalam akibat sakit perut dan muntah-muntah.
"Alhamdulillah ini berita gembira yang saya ingin kongsikan kepada semua. Sebenarnya pada 9 Mac lalu kami sudah mendapat tahu tanda awal kehamilan. Tapi kami tak mahu terlalu berharap.

"Sehinggalah semalam apabila Amyra dimasukkan ke hospital baru doktor mengesahkan perkara itu. Jadi baru saya boleh berkongsi berita kehamilan ini. Namun saya tak nak terlalu teruja kerana kandungan masih di peringkat awal," katanya kepada Harian Metro.

Menurut Amar, isterinya tidak menunjukkan sebarang tanda kehamilan kerana masih aktif bekerja dan terbabit dengan aktviti sukan ekstrem.
"Pada 27 Februari lalu kami pergi ke Australia bagi menjayakan program Project Them Park terbitan Astro Ria. Di sana kami perlu menaiki permainan taman tema yang sangat mencabar.

"Jadi apabila pulang ke tanah air baru isteri mengadu sakit perut. Dia menyangka itu kesan daripada aktviti di sana. Tapi selepas kerap sakit dan muntah-muntah, saya terus membawanya ke hospital," katanya.

Buat masa sekarang Amyra dinasihatkan doktor untuk berehat dua minggu daripada terbabit dengan sebarang aktiviti berat.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA TAHNIAH -PASANGAN BARU BERKAHWIN KINI HAMIL 7 MINGGU. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top