Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla Sekali Lagi Cetuskan Kontroversi





LAMA sudah jarang melihat kelibat pelakon sensasi, Tasha Shilla menghiasi paparan skrin televisyen sejak akhir akhir ini.

Pelakon yang dahulu sering terpalit dengan kontroversi berkaitan tatacara pemakaian kini sekali lagi menghebohkan laman sosial apabila dikecam segelintir netizen kerana tampil seksi atau menjolok mata.

Tasha semalam ada berkongsi sekeping foto dirinya menggayakan sehelai busana warna maroon yang tak dinafikan anggun pada badan Tasha.



Namun yang tidak enaknya, busana yang dikenakan oleh Tasha itu terlalu mendedahkan bahagian belakangnya hingga menimbulkan kritikan daripada netizen tempatan.

Tasha mengenakan gaun itu ketika menghadiri Malam Gala SK-II yang diadakan di Okinawa Jepun memandangkan dirinya kini bergelar duta kepada produk kecantikan tersebut.

Aktres berumur 30 tahun ini diikat selama setahun sebagai jurucakap SK-II selepas dinamakan Top Malaysia’s Beauty Circle 2017 produk kecantikan berkenaan.

 



Pelbagai kritikan diberikan netizen terhadap Tasha, namun tidak kurang juga yang memujinya cantik dalam busana tersebut.

“Sedih Nabi Muhammad s.a.w melihat umat seperti kamu pada zaman ini.. kamu umat Islam tetapi berpakaian seperti orang bukan Islam..maaf,” tulis island10_.

“Wow sis @tashashilla .. sis x penah memhampakan,” tulis up_sanchez87 puji kecantikan aktres itu.

Manakala delieyza pula “Peehhh baju die…jolok mata kaum lelaki.” – MYNEWSHUB.CC









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: hiburan

TERIMA KASIH SUDI BACA Fesyen ‘Berani’ Tasha Shilla Sekali Lagi Cetuskan Kontroversi. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top