Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

Saya diletakkan dibilik lain dan diorang berdua dibilik lain. Katanya takda buat apa. Allah ja yang tau apa yang saya rasa. Masa tu saya pregnant

 sekadar gambar hiasan

Assalamualaikum..
Taktahu nak start dari mana tapi saya cerita yang saya nak selesaikan aje.
Saya dan suami dah kawin 2tahun dah ada baby. Kembar. Tapi kitorang kawin dekat thailand. Semua surat cukup dari konsultan dari pejabat agama suma lengkap sebab ayah saya yang bawak pergi sendiri. Ayah bagi kawin cuma dia taknak walikan. Mungkin orang tua2 lebih tahu dari saya.
Kalau nak ikutkan ayah memang tak izin. Tapi dah saya nak dia tak bantah.

Lepas kawin bermula episod duka bila dah start pergnant. Suami suka org lain kot. Entah la tapi naluri saya memang kata macamtu. Cuma suami bagi alasan 'kawan'. Tapi tiap2 hari berwasap manja2 gedik2. Dengan saya panggil kau aku ja. Dengan 'kawan' bersayang2 berbaby2. 

Dulu mula2 mmg kecik hati tapi dah lama2 hati dah makin keras agaknya saya pun da malas nak ambik pusing. Masa mengandung suami bawa saya pergi uma 'kawan' dia sebab kononnya nak tunjuk yang memang diorang kawan. Tapi tu la. Saya diletakkan dibilik lain dan diorang berdua dibilik lain. Katanya takda buat apa. Allah ja yang tau apa yang saya rasa. Masa tu saya pregnant 7bulan bila kembar mcm sarat la. Dah gaduh2 saya keluar dari uma tu jalan kaki. Sebab lepas kena pukul. Akhirnya pecah air ketuban dan saya bersalin ms 7bulan tu.
Anak masuk nicu sebab pramature. 2bulan dalam wad. Ms saya dalam wad suami pulak lagi la seronok ulang alik ke uma 'kawan' tu. Kat saya gan baby cuma datang hantar apa2 yg perlu. 

Hurmm ok dah la bab tu. Sekarang ni saya cuma nak tanya macamana nak settle pasal kes nafkah. Nafkah saya ni tkpernah nak dibagi. Letak saya dan anak dirumah yang ada mil.sil.bil. anak sil. Dan anak suami. Kerja rumah suma saya buat. Takpa la sebab saya pk saya menumpang. Saya buat aja. Dari cuci baju kemas uma. Sidai baju. Masak. Anak2 semua saya buat. Saya ada buat kerja sendiri jadi ada duit sendiri. Walaupun kerja tu kadang2 ja ada rezeki saya dan anak2 tak pernah putus. Alhamdulillah. 

Minggu lepas saya ada minta suami belikan meatball yg tepi jalan 10rggt je pun. Tapi dia punya tengking saya cakap takda duit. Sedangkan saya takpernah minta apa2 dari dia. Sebab saya tahu sapa saya dihati dia. Jadi saya taknak harapkan org yang tak sayangkan saya sedangkan saya adalah tanggungjawab dia. Nafkah tak pernah bagi. Baju tak bertukar. Saya terima apa adanya. Pastu semalam saya terbaca lagi wasap suami dgn 'kawan' tu cakap takda duit nak makan. Bole je suami bank in kan. Hurmmm 

Maaf terlalu panjang. Tapi itu lah yg ada dalam hati ni. Terbeban rasa. Dah takmampu nak tanggung sorg2. Nak tambah. Saya belum register kat malaysia. Apa yang saya nak buat untuk dapatkan hak saya sebagai seorang isteri? Saya tkpernah halang suami kawin dgn 'kawan' tu tp bertanggungjawab lah dulu pada yang berhak.

 Terima kasih pada semua sebab sudi bg pandangan dan cacian. Takpa saya hadam. Saya pernah pergi pejabat agama shah alam. Dah buat separuh jalan tapi last2 suami dapat tahu pastu semua surat menyurat di ambilnya. Mil baik kalau suami pukul saya mil la tolong back up saya. Pernah sekali tu mil sampai call polis datang ambik suami bawak g balai sebab pukul saya. Sebulan dua je berubah lepastu jadi balik :)

Saya da umur 27thn da. 'Kawan' yang suami sayang tu da umur 32. Janda anak 1. Cantik orangnya. Tapi saya pun takda la buruk. Dulu sebelum kawin ok je lepas kawin ja perangai dia abis dia keluarkan. 

Masalah suami saya ni dengan mak dia pun dia kurang ajar. Hurm sapa lagi yang dpt tegur kalau dgn mak sendr pun dia tak hormat. Kalau sy tegur mesti gaduh last2 saya yang nak kena sepak terajang. Penah sekali kepala sy pun dipijak. :)
Mungkin ni balasan pada saya. Kalau ni sebagai balasan muga diringankan lah. Family saya jauh. Abg saya pun jauh di pahang. Lagipun saya malu dgn family sy sebab saya yang nak kan suami dulu.
Anak2 bole register tapi takda bin. JPN 

cakap lps register boleh bin kan suami sebab kitaorg kawin semua lengkap. Cuma perlu register la.

Bab nafkah takpa la kalau takbole nak tuntut pun. Saya tak kisah. Cuma tu la kekadang datang stress tu saya nak bercerita cuma takda tempat nak ngadu. Kitaorg pun tido asing2. Bersembang pun jarang2. 

Sampai sekarang sy pk kenapa dia tak ceraikan saya. Mungkin sebab anak2 la kot.
Terima kasih semua. Terima kasih sebab sudi baca apa yang saya cerita.



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: perkahwinan

TERIMA KASIH SUDI BACA Saya diletakkan dibilik lain dan diorang berdua dibilik lain. Katanya takda buat apa. Allah ja yang tau apa yang saya rasa. Masa tu saya pregnant. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top