Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

MASIH INGAT LAGI KES PUKUL DRIVER VAN SEKOLAH-nilah wajah pembunuh yang dijatuhi hukuman penjara 9 tahun



Lelaki Tumbuk pemandu van sekolah hingga mati telah dijatuh hukuman|Klang: Bekas operator kren dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini, selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan menyebabkan kematian pemandu van sekolah tahun lalu.

Hakim Suzana Hussin memutuskan demikian selepas tertuduh, Mohd Fifi Md Yousoff, 31, mengaku bersalah bagi pertuduhan pilihan yang dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menyebabkan kematian Mohammad Izhharuddin Nordin, 23, di Jalan Sungai Udang di sini, kira-kira jam 6.40 petang, 3 Februari tahun lalu.

Mohd Fifi didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Fatimah Yahya manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Halem Mohamad Husin.

Harian Metro sebelum ini melaporkan seorang pemandu van sekolah yang bakal melangsungkan perkahwinan, maut dipercayai dibelasah bapa saudara seorang kanak-kanak di tepi jalan Kampung Sungai Udang, di sini.

Mangsa dikatakan dipukul selepas tertinggal mengambil kanak-kanak itu ketika pulang dari sekolah.



http://eberita.org/lelaki-tumbuk-pemandu-van-sekolah-hingga-mati-telah-dijatuh-hukuman/









https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA MASIH INGAT LAGI KES PUKUL DRIVER VAN SEKOLAH-nilah wajah pembunuh yang dijatuhi hukuman penjara 9 tahun. TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top