Laman Portal berita Semasa Dan terkini!!

memotong kemaluan suami-enggan mengadakan seks dengannya selama lebih 10 tahun.....



New Delhi: Seorang isteri di India memotong kemaluan suaminya selepas lelaki berkenaan enggan mengadakan seks dengannya selama lebih 10 tahun.

Rita Yadav, 28, menyerang suaminya, Ved Prakash, 31, di kediaman mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, negeri di utara India, Khamis lalu.

Dia mendakwa suaminya enggan mengadakan seks sepanjang 10 tahun daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan percaya Prakash mempunyai kekasih lain.

“Dia pernah berkata, dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari. Dia berkata, dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Saya terdesak untuk mempunyai anak. Saya rayu supaya dia mengadakan seks dengan saya tetapi dia berkata, dia akan melakukannya dengan wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi,” kata Rita.

Dia akhirnya bertindak untuk meluahkan rasa marahnya Khamis lalu apabila Prakash, pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke kamar mandi.
.hmetro.com.my



https://www.facebook.com/208694619607984/photos/a.208731059604340.1073741828.208694619607984/212190655925047/?type=3&theater



Labels: kejam

TERIMA KASIH SUDI BACA memotong kemaluan suami-enggan mengadakan seks dengannya selama lebih 10 tahun...... TOLONG SHARE...!

https://telegram.me/joinchat/C6A73gqgSPgew3r9ovpDxg Chat Conversation End



Back To Top